​​Shah Alam Enduride (ENDURANCE RIDE) 2016 – Tarik Penyertaan 1500 Peserta Dalam​ Dan Luar Negara

​15 Mei 2016

MBSA telah mengadakan Program Kayuhan “Shah Alam Enduride (Endurance Ride) 2016”. Acara pelepasan (flag off) telah diadakan di Dataran Kemerdekaan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Program kayuhan ini merupakan penganjuran kali ketiga oleh pihak MBSA dengan kerjasama Bike Away.

Pertandingan ini turut menarik penyertaan penunggang basikal tegar dari seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, India, Australia, Sepanyol, Sweden, New Zealand, Filipina, Jepun, Brunei dan Jerman.

Cabaran kali ini membabitkan 1500 orang peserta menjangkau jarak sejauh 120km menguji fizikal dan mental para peserta. Acara berbasikal juga disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.​
​​​