​​​
Majlis Bandaraya Shah Alam Telah Menganjurkan Program SEDA-10 (Cari Dan Musnah Aedes 10 Minit)

09 April 2016

MBSA telah melancarkan Program SEDA-10 (Cari dan Musnah Aedes 10 Minit) di peringkat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) ZON Shah Alam serta perlantikan Ahli Majlis MBSA sebagai Agen dan seterusnya melantik Ahli Majlis sebagai Agen SEDA-10 (Search and destroy-10 minute). Program ini merupakan tindakan proaktif untuk mengatasi masalah kes demam denggi yang berlaku di kawasan pentadbiran MBSA.

Perlantikan Ahli Majlis sesuai dengan peranan serta pengaruh kepimpinan mereka dalam komuniti bagi menggalakkan atau mengubah sikap sesuatu tindakan oleh individu lain, ahli komuniti dan keluarga dalam sesebuah komuniti.Program ini merupakan usaha berterusan untuk menjadikan kawasan pentadbiran MBSA bebas dari masalah demam denggi.

Program ini disempurnakan oleh YB. DR. Daroyah, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir bersama Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.​

aedesaedes
aedes​​ ​