DASAR KESELAMATN MAKLUMAT MBSA

MBSA bertekad melaksanakan prosedur kawalan keselamatan maklumat yang sistematik bagi menjamin kerahsiaan, kemahiran, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan maklumat.

MBSA akan:

  • ​​Melaksanakan proses yang boleh diukur di samping melindungi aset maklumat organisasi daripada ancaman dalaman dan luaran.
  • Meningkatkan keyakinan pelanggan melalui kepatuhan kepada standard dan kawalan terhadap keselamatan maklumat 
  • Menambahbaik proses ISMS secara berterusan dengan membangun dan mengkaji semula secara berkala objektif keselamatan yang boleh diukur pada fungsi dan peringkat yang berkaitan
  • Mengenalpasti dan mematuhi keperluan peraturan dan perundangan serta contractual security obligations
  • Menyediakan mekanisma kawalan terhadap capaian yang tidak dibenarkan ke atas aset
  • Menjamin kerahsiaan data melalui kawalan yang ditetapkan
  • Membangun, melaksana, menguji dan menambah baik Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  • Mewujudkan mekanisma untuk mengenal pasti dan menyemak semula risiko dan impak terhadap pencerobohan maklumat
  • Melaksanakan penambahbaikan berterusan didalam pengurusan keselamatan maklumat
  • Menyampaikan Dasar Keselamatan Maklumat  yang berkaitan kepada pelanggan,kakitangan dan pihak yang berkepentingan