​PERUTUSAN DATU​K BANDAR​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang ke Laman Web Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, MBSA komited bagi menyediakan Laman Web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.
 
Pelanggan bukan sahaja berkehendakkan perkhidmatan yang efisyen, tetapi juga cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa, dari mana-mana jua. Urusan dengan MBSA mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, kini tidak lagi terhad kepada waktu pejabat semata-mata. Laman Web ini menyediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya seperti eAduan, iKompaun, iCukai, iSewa, iLesen, eOSC (e-Penyerahan), Portal OSC (semakan status), Sistem mySMS, Maklumbalas Laman Web, serta Pembayaran Secara Dalam Talian "Online".
 
MBSA juga telah berjaya memperoleh Penarafan Laman Web Lima (5) Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Pengiktirafan yang membanggakan ini dapat dicapai melalui usaha dan komitmen pihak pengurusan, para pegawai dan warga MBSA seluruhnya, tanpa bantuan pihak perunding swasta.
 
Dunia ICT sentiasa berubah dengan pantas dan tiada had sempadan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan MBSA, para pelanggan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan/pandangan mengenai penyampaian perkhidmatan MBSA dan portal ini. Maklumbalas ini dapat membantu MBSA untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan. Saya berharap Laman Web ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan MBSA, selaras dengan dasar "Khidmat Terbaik". Dengan itu, selamat melayari Laman Web rasmi MBSA
 
Sekian, Wassalam.

 

Y.Bhg Dato' Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad​
DPMS, SMS, BPC
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Shah Alam​

Datuk Bandar