SALURAN ADUAN INTEGRITI

Saluran aduan integriti ini di wujudkan adalah untuk memberikan panduan kepada orang awam dan kakitangan cara mengemukakan aduan integriti dan memberikan maklumat  berkaitan sebarang salah laku warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam bagi menggalakkan pembudayaan kerja berintegriti di Majlis Bandaraya Shah Alam.​

poster 
 
Antara skop kesalahan yang boleh dilaporkan kepada Unit Integriti adalah seperti berikut:​​
  1. ​​Salah gunakuasa dan penyelewengan;
  2. Memberi / menerima / meminta / menawar rasuah;
  3. Pelanggaran undang-undang, peraturan dan etika standard seperti berikut:
    •  Tidak hadir bekerja / tidak patuh kepada waktu bekerja penjawat awam​
    •  Gangguan seksual / berkhalwat / berkelakuan sumbang
    •  Tidak mengisytiharkan harta / mengemaskini pemilikan atau pelupusan harta baru
    •  Penyalahgunaan / ketagihan najis dadah
    •  Melakukan pekerjaan dan perniagaan luar tanpa kebenaran Ketua Jabatan
    •  Keluar negara tanpa kebenaran Ketua Jabatan;​
  4. ​Pengurusan kewangan yang tidak cekap yang menyebabkan pembaziran sumber kerajaan; atau
  5. Tidak jujur / tidak amanah / tidak bertanggungjawab seperti berikut:
    •  Membuat tuntutan palsu
    •  Mengemukakan sijil cuti sakit palsu​
    •  Pembocoran / penyalahgunaan rahsia kerajaan / maklumat terperingkat​
         - Peralatan pejabat
         - Kenderaan Majlis
poster integriti\

PANDUAN MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG BERKUALITI

  • Bila kejadian berlaku (When)
  • Dimana kesalahan dilakukan (Where)
  • Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who)
  • Apa kesalahan yang dilakukan (What)
  • Kenapa kesalahan dilakukan (Why)
  • Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How)
Pesanan : Jangan kuatir, anda dilindungi, pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM  2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Sekiranya ingin membuat aduan atas mana-mana pegawai di Majlis Bandaraya Shah Alam yang melakukan kesalahan seperti di atas atau sebarang kesalahan di sisi undang-undang boleh melaporkan perkara tersebut kepada Unit Integriti MBSA melalui lain-lain medium seperti berikut:

 
saluran.jpg