​P​ENGURUSAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Majlis Bandaraya Shah Alam diketuai oleh Datuk Bandar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, Datuk Bandar juga mengambil peranan ahli majlis, dan dia akan mengangkat sumpah​ bersama-sama dengan 23 ahli majlis yang lain setiap 2 tahun. Majlis ini terdiri daripada ahli politik, profesional, ahli akademik dan pemimpin korporat.

MBSA mempunyai 14 jabatan, 5 bahagian dan 3 pejabat cawangan. ​Pengurusan Majlis Bandaraya terdi​ri daripada Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha dan beberapa peng​arah lain yang mengetuai portfolio yang berbeza. MBSA juga mempunyai 1,600 kakitangan yang memegang kira-kira 153 jenis pos.