Bahagian Perundangan

​​

Fungsi Bahagian

  1. ​Memberi khidmat nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
  2. Menyedia dan menyemak surat perjanjian
  3. Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil,  peraturan, perintah dan kaedah

​​​​​​Piagam Pelanggan Bahagian

  1. Menjawab surat-surat berkaitan kompaun yang diterima di kaunter dan melalui pos dalam tempoh 5 hari bekerja.

  2. Menguruskan penyelesaian rayuan kadar bayaran kompaun tahap 2 dalam tempoh 15 minit.

  3. ​Menguruskan penyediaan dan penyemakan dokumen perjanjian penyewaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima, dan perjanjian yang disediakan oleh pihak luar dalam tempoh 50 hari dari penerimaan draf perjanjian.

  4. Melayani dan menyelesaikan proses aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja.

  5. Memberi ulasan ke atas pertanyaan yang diminta oleh jabatan lain dalam tempoh 5 hari bekerja.

  6. Menguruskan permohonan kad kuasa kepada pegawai dan kakitangan yang dilantik dalam tempoh 10 hari bekerja.

  7. ​Menjalankan tindakan pendakwaan selepas 7 hari dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan, tertakluk kepada Kertas Siasatan lengkap.​​