​JABATAN KEJURUTERAAN

Fungsi Bahagian Pentadbiran Am

  1. Menguruskan bahagian perkeranian dan mengawal rekod cuti kakitangan Jabatan​​​.

  2. ​Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am​.

  3. Menguruskan bayaran bagi kerja-kerja inden, tender, sebutharga dan pembelian.

  4. ​Menguruskan bayaran tuntutan pengembalian wang cagaran dan bil-bil elektrik di seluruh Shah Alam

  5. Menguruskan fail-fail infrastruktur, tender, elektrik, jalan, saliran dan lain-lain​.

  6. Menguruskan dan merekod semua surat-surat yang diterima dari dalam dan luar jabatan di dalam Buku Rekod Penerimaan.

  7. Menguruskan semua pemprosesan surat dan dokumen.

  8. Menyelaras dan membuat kawalan terhadap stok/inventori serta penerimaan dan pembelian peralatan pejabat

  9. Memastikan surat, memo, inden, tender, permit dan perkara berkaitan ditaip dengan segera.

  10. M​​​emastikan tiada kesilapan dalam surat, memo dan lain-lain​.

Fungsi Bahagian Kawalan Infrastruktur 

  1. Bertanggungjawab menyemak pelan-pelan cadangan kebenaran merancang dan pelan pendirian bangunan​.

  2. Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan pelan-pelan kerja tanah dan infrastruktur (jalan, parit dan lampu jalan) bagi pembangunan kawasan baru.

  3. ​Memproses dan mengeluarkan permit-permit kerja tanah (permit membina laluan masuk/keluar sementara dan permit mengangkut tanah atas jalan awam)​.

  4. ​Memproses dan mengeluarkan Sijil Kelulusan Kerja Infrastruktur untuk sokongan pengeluaran CF​.

 Fungsi Bahagian Jalan

  1. Menyelaras aduan-aduan untuk tindakan Jabatan Kejuruteraan​.

  2. Merancang, mengurus dan meyelaras kerja-kerja penyelenggaraan dan cadangan menaiktaraf kemudahan infrastruktur (jalan awam, papantanda lalulintas dan papantanda nama jalan) di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Fungsi Bahagian Saliran

  1. ​Menyelaras aduan-aduan untuk tindakan Bahagian​.

  2. Merancang, mengurus dan meyelaras kerja-kerja penyelenggaraan parit-parit besar di dalam kawasan pentadbiran MBSA​.

  3. Menyelaras segala aduan berkenaan banjir​​.

Fungsi Bahagian Geoteknikal

  1. ​Memantau, mengawasi dan menyelenggara cerun dari kejadian tanah runtuh​

  2. Menyelaras segala aduan berkaitan cerun dan tanah runtuh​

Fungsi Bahagian Projek Khas

  1. ​Membuat perancangan projek pembangunan dan membaikpulih infrastruktur melalui penyediaan rekabentuk dan dokumen Tender & Sebutharga​

  2. ​Menyelaras kerja-kerja pembinaan projek​

  3. Menyelaras projek-projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan​

Fungsi Bahagian Penyelenggaraan Bangunan

  1. ​Merancang, mengurus dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan Wisma MBSA, premis-premis MBSA (dewan, pasar & gerai) ​​

Fungsi Bahagian Bengkel dan Penyelenggaraan Elektrik

  1. ​Merancang, mengurus dan menyelaras​ kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan awam, sistem lampu isyarat, lampu-lampu awam di taman rekreasi dan permainan di dalam kawasan pentadbiran MBSA​

  2. ​Merancang dan menaiktaraf lampu-lampu jalan awam yang sudah lama​

  3. ​Merancang dan merekabentuk pemasangan lampu-lampu hiasan untuk musim-musim perayaan​

  4. ​Menyelenggara kenderaan, jentera, mesin dan peralatan mekanikal Majlis​

  5. ​Menguruskan perkhidmatan kenderaan dan pemandu untuk kegunaan jabatan-jabatan dan tugas rasmi Majlis​

  6. Menguruskan pembelian kenderaan, jentera, mesin dan peralatan mekanikal yang baru​

Piagam Pelanggan

  1. ​Aduan pembaikan kerosakan kecil jalan berlubang diambil tindakan hingga selesai dalam tempoh 3 hari.

  2. Aduan pembaikan kerosakan kecil longkang pecah diambil tindakan hingga selesai dalam tempoh 7 hari.

  3. Aduan pembaikan kerosakan lampu isyarat yang tidak melibatkan kerosakan kabel diambil tindakan hingga selesai dalam tempoh 24 jam.

  4. ​Aduan pembaikan kerosakan kecil asset majlis (gerai, pasar, dewan dan pejabat) di ambil tindkan hingga selesai dalam tempoh 3 hari.​