JABATAN PERANCANGAN

Fungsi Jabatan

  1. Merancang pembangunan dalam kawasan MBSA.

  2. ​Menyedia​kan dan memantau Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.​​

  3. Menyemak dasar-dasar yang disediakan ada untuk diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa​

  4. ​Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur/pendirian bangunan dan tukar guna bangunan

  5. Penyelarasan penamaan kawasan, jalan dan bangunan
  6. Menyelaras setinggan/gerai tanpa kebenaran dan kilang tanpa kebenaran
  7. Menyelaras pembangunan mampan Shah Alam
  8. Penyediaan rancangan pemajuan
  9. Penguatkuasaan perancangan (salahguna tanah/ salahguna bangunan)
  10. Menyelaras garis panduan piawaian perancangan

Piagam Pelanggan

  1. Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur dalam tempoh empat puluh (40)* hari dari tarikh pengemukaan permohonan (bergantung kepada pindaan/arahan KPKT).​

  2. Memproses permohonan kebenaran merancang pelan persendirian bangunan alam tempoh empat puluh (40)* hari dari tarikh pengemukaan permohonan (bergantung kepada pindaan/arahan KPKT).​

  3. Memproses permohonan kebenaran merancang perubahan penggunaan material bangunan dalam tempoh dua (2)* bulan dari tarikh penerimaan.​

  4. Memproses dan memberi ulasan permohonan tukar syarat kegunaan tanah, tanah kerajaan, lessen menduduki sementara dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.​

  5. ​Memproses permohonan nama jalan, taman dan nama bangunan dalam tempoh empat belas (14) hari*.

  6. Memberi ulasan permohonan lessen dua (2) hari sebelum tarikh mesyuarat penyelarasan ulasan​.

  7. Memproses permohonan tukar nombor premis dalam t empoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap.​

  8. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat dan Bebas Halangan sebulan sekali.​​​​

  9. ​Menyelaras Mesyuarat Pemandu Pembangunan mampan 2 kali setahun.​

  10. ​​Menyelaras Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja LA21 4 kali setahun.​

Nota : * Tempoh tertakluk kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) terdekat

​ ​

​