​JABATAN UNDANG-UNDANG

​Fungsi

Bahagian Pendakwaan

  1. Urusan Berkaitan Kompaun Majlis.

    • Melayan Orang Awam bagi urusan penyelesaian kompaun, notis, saman atau waran tangkap dengan berpandukan Undang-Undang Kuasa mengkompaun yang telah diwartakan. 

  2. Memberikan khidmat nasihat undang-undang.

    • Memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan di dalam Majlis berkaitan Undang-Undang yang diterimapakai dan dikuatkuasakan oleh pihak Majlis.

  3. Menguruskan penyediaan saman pertuduhan

    • Menyediakan kertas saman pertuduhan dan pengaduan serta dokumen-dokumen yang berkaitan terhadap Orang Kena Kompaun (OKK) yang gagal menjelaskan kompaun.

  4. Menguruskan penyempurnaan saman Majlis Bandaraya Shah Alam.

    • Setelah memperolehi tarikh sebutan serta nombor saman bagi kertas saman pertuduhan yang telah didaftarkan oleh pihak Mahkamah, pihak kami akan menguruskan penyempurnaan saman tersebut kepada Orang Kena Saman (OKS).

  5. Mengendalikan urusan sebutan dan perbicaraan kes.

    • Pihak kami akan membuat sebutan di Mahkamah terhadap saman-saman yang telah disempurnakan kepada OKS dan seterusnya membuat persediaan bagi perbicaraan kes sekiranya OKS tidak mengaku bersalah.

  6. Menguruskan kes-kes waran tangkap.

    • Sekiranya OKS gagal untuk menghadirkan diri di Mahkamah pada tarikh sebutan, pihak kami akan membuat permohonan kepada pihak Mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap OKS. Setelah permohonan tersebut diperolehi, pihak kami akan menguruskan penangkapan terhadap OKS bagi kes-kes yang telah dikeluarkan perintah waran tangkap.

 

Bahagian Sivil Dan Perjanjian

  1. Menguruskan kes tuntutan tunggakan cukai taksiran.
    • Menguruskan tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran Majlis terhadap pemilik harta (Tanah/Premis) bermula daripada menerima permohonan daripada Jabatan Kewangan Majlis bagi menuntut jumlah tertunggak melalui tindakan perundangan.
  2. Menguruskan perlantikan panel peguam.
    • Menguruskan Perlantikan Panel Peguam untuk membela pihak Majlis terhadap kes-kes tuntutan yang dibuat oleh pihak luar terhadap Majlis. Pihak kami akan membuat pemantauan terhadap panel peguam yang telah dilantik sehingga kes selesai.
  3. Menguruskan pembayaran
    • Menguruskan bayaran yang berkaitan dengan kes yang diambil tindakan oleh pihak peguam Majlis.
  4. Menguruskan kes-kes tuntutan sivil Majlis
    • Kes tuntutan Majlis terbahagi kepada dua keadaan, iaitu tuntutan tersebut dibuat oleh pihak Majlis kepada pihak luar atau pihak luar kepada pihak Majlis.
      Contohnya : Kes Tuntutan Gantirugi Kerosakan, Kemalangan, Pecah Kontrak, Pencerobohan , Tuntutan Sewa dan lain-lain.
  5. Menguruskan tuntutan dengan pihak luar (insuran)
    • Menguruskan tuntutan insuran bagi kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan Majlis, serta menguruskan saksi bagi kes tersebut dengan tetuan guaman.
  6. Mengatur penyediaan saksi-saksi.
    • Sekiranya diperlukan, pihak kami akan mengaturkan penyediaan saksi-saksi bagi pihak Majlis untuk memberi keterangan semasa perbicaraan sesuatu kes di Mahkamah.
  7. Mengadakan rundingan dengan pihak yang membuat tuntutan.
    • Sekiranya pihak kami berpendapat bahawa sesuatu kes boleh diselesaikan di luar mahkamah, maka pihak kami dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak Majlis akan mengadakan rundingan dengan pihak yang membuat tuntutan untuk menyelesaikan kes tuntutan tersebut di luar Mahkamah.
  8. Menguruskan penyediaan perjanjian Majlis.
    • Membuat semakan terhadap deraf-deraf perjanjian yang dipanjangkan oleh pihak–pihak yang berkaitan ataupun menyediakan terus sesuatu deraf perjanjian untuk digunapakai oleh pihak Majlis. Menguruskan tandatangan dan mematikan setem perjanjian.

 

Bahagian R&D, Gubalan Dan Pentadbiran

  1. Menyediakan deraf undang-undang

    • Menyediakan Deraf Undang-Undang Kecil, membentangkan  di dalam mesyuarat Jawatankuasa bagi mendapatkan kelulusan pihak Majlis dan menguruskan pewartaan dengan pihak Kerajaan Negeri.

  2. Memastikan  perjalanan surat-menyurat di Jabatan Undang-Undang.

    • Memastikan pengurusan  surat menyurat samada dari dalam dan luar Jabatan Undang-Undang di rekod ke dalam buku yang dikhaskan.

  3. Memastikan laporan kedatangan bulanan kakitangan.

    • Memastikan laporan kedatangan kakitangan di hantar ke Bahagian Sumber Manusia pada setiap awal bulan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh SUK.

  4. Menguruskan rekod cuti kakitangan.

    • Memastikan cuti setiap kakitangan direkod dan dikemaskini sebelum diluluskan oleh Pengarah.

  5. Rekod inventori, bekalan pejabat dan aset Jabatan diuruskan dengan baik.

    • Memastikan rekod inventori, bekalan pejabat dan aset Jabatan dikemaskini, diperolehi dan berada dalam keadaan yang baik.

  6. Menyelenggara dan mengemaskini sistem HRMIS.

    • Mengemaskini rekod perkhidmatan, cuti, rekod peribadi dan prestasi di dalam sistem HRMIS.

  7. Laporan Piagam Pelanggan

    • Memastilan laporan Piagam Pelanggan di hantar ke Bahagian Latihan setiap 4 bulan sekali.

  8. Laporan Akujanji Produktiviti.

    • Memastikan laporan Akujanji Produktiviti di hantar ke Bahagian Latihan setiap enam bulan sekali.

​Piagam Pelanggan Jabatan

  1. Menjawab surat-surat berkaitan kompaun yang diterima di kaunter dan melalui pos dalam tempoh 5 hari bekerja.

  2. Menguruskan penyelesaian rayuan kadar bayaran kompaun tahap 2 dalam tempoh 15 minit.

  3. ​Menguruskan penyediaan dan penyemakan dokumen perjanjian penyewaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima, dan perjanjian yang disediakan oleh pihak luar dalam tempoh 50 hari dari penerimaan draf perjanjian.

  4. Melayani dan menyelesaikan proses aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja.

  5. Memberi ulasan ke atas pertanyaan yang diminta oleh jabatan lain dalam tempoh 5 hari bekerja.

  6. Menguruskan permohonan kad kuasa kepada pegawai dan kakitangan yang dilantik dalam tempoh 10 hari bekerja.

  7. ​Menjalankan tindakan pendakwaan selepas 7 hari dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan, tertakluk kepada Kertas Siasatan lengkap.