​PEJABAT CAWANGAN SETIA ALAM

Fungsi Pejabat Cawangan

  1. Menyediakan kemudahan bayaran cukai taksiran, kompaun, bil setempat, menerima aduan dan maklumat mengenai MBSA.
  2. Memantau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pentadbiran MBSA seperti kutipan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput, penyelenggaraan infrastruktur dan lain-lain.
  3. Memantau dan menguatkuasa undang-undang dan peraturan dibawah bidang kuasa MBSA.
  4. Menerima dan menyelaras aduan dan mengenalpasti aduan-aduan sistem penyampaian perkhidmatan. 
  5. Menerima permohonan pertukaran alamat surat menyurat untuk cukai taksiran.

Piagam Pelanggan

  1. Menerima pembayaran bil dan mengeluarkan resit pembayaran dalam tempoh 30 minit.
  2. Memastikan maklumbalas aduan yang di terima melalui Sistem Aduan Awam MBSA, Kaunter serta surat pengaduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Menerima permohonan pertukaran alamat surat menyurat untuk cukai taksiran dan menghantar ke jabatan berkaitan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.