​​​PEREKAYASAAN PROSES KERJA (BPR)​​

BPR yang dilaksanakan di peringkat MBSA merupakan satu perubahan asas pemikiran dan rekabentuk dan prosedur kerja secara radikal bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan​​. Ia melibatkan perubahan budaya kerja di semua peringkat proses dan prosedur kerja bagi mencapai prestasi yang lebih tinggi dari aspek kos, kualiti, perkhidmatan dan masa. Berikut adalah antara BPR yang dilaksanakan di peringkat MBSA:

  1. Kelulusan 1 Jam bagi lesen perniagaan untuk aktiviti yang tidak berisiko.

  2. Tempoh kelulusan permohonan pelan pembayaran dipendekkan.

  3. OSC Online kemuka permohonan pemajuan atas talian.

  4. Tempoh kelulusan Pelan Bangunan dalam tempoh 30 hari.

  5. Kelulusan lain-lain permohonan pemajuan 40 hari.

  6. Kerjasama dengan JPJ untuk sekatan Lesen Kenderaan Motor untuk kompaun kenderaan Majlis.

  7. Kelulusan 1 hari bagi permit binaan sementara (kedai/partition/shed/awning, dll.

  8. Kelulusan 1 hari bagi permit binaan tambahan pindaan rumah.​