​PENGENALAN​ TQFTM

Pengenalan

Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Manag​ement (TQM) diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920-an lagi, bila mana kaedah statistik mula digunakan dalam pengawalan kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat​.

​Objektif ​​T​QFTM

Dengan mengamalkan TQM, organisasi dapat mempertingkatkan Kualiti, mengurangkan kos, meningkatkan kualiti penghantaran, meningkatkan keselamatan dan persekitaran dan meningkatkan moral pekerja.Secara am, ia lebiih fokus kepada pelanggan, penambahbaikan produk, proses, manusia dan persekitaran.​

Logo TQ​FTM​

LOGO-TQMFTM.png

Konsep TQ​​FTM

Satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Proses ini bertujuan membawa perubahan menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang. Ciri - ciri itu meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur, amalan - amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.

7 Prinsip ​​Pengurusan :

  1. ​Sokongan pengurusan atasan.

  2. Mengadakan perancangan strategik kualiti.

  3. Mengutamakan pelanggan.

  4. Memberi latihan dan pengiktirafan.

  5. Mengukuhkan semangat berpasukan.

  6. Mengadakan pengukuran prestasi.

  7. Menkankan kepastian kualiti.

tqmftm.png

Struktur TQ​FTM Dalam Organisasi

JKUASA TQM.png

​Fungsi Jawatank​​uasa Kualiti Dan Produktiviti MBSA

  1. ​Merancang dan melaksanakan usaha-usaha peningkatan dan produktiviti di peringkat MBSA.​

  2. Menentukan dasar dan strategi bagi mencapai objektif kualiti untuk disebarkan kepada semua pegawai dan kakitangan tentang tahap kualiti atau perkhidmatan yang perlu diberikan.

  3. Mewujudkan struktur MBSA yang berkesan untuk menguruskan dan mengawasi pelaksanaan perkhidmatan berkualiti.

  4. Menentukan strategi bagi mewujudkan kesedaran yang menyeluruh di kalangan kakitangan supaya menjadi pendorongkepada mereka untuk mengamalkan nilai-nilai kualiti dalam kerja seharian.

  5. Menggalakkan penglibatan kakitangan dalam penentuan matlamat organisasi dan proses penyelesaian masalah-masalah kualiti dan produktiviti dengan menubuhkan Kumpulan Peningkatan Kualiti atau pasukan - pasukan kerja di pelabagai peringkat.​​​​