TOTAL QUALITY FAST TRACK MODEL (​​TQFTM)

MBSA sejak penjenamaan semula penyataan korporatnye pada Oktober 2011, telah mengambil inisiatif untuk memasuki Program Amalan Kualiti Menyeluruh (TQM) ke arah pengiktirafan TQFTM dari SIRIM INTERNATIONAL QAS sehingga Mei 2012, pihak SIRIM telah menjalankan beberapa sesi pengauditan untuk melihat dan menganilisis jurang unutk penambahbaikan ke arah TQFTM.

Majlis dengan kerjasama SIRIM Training Services Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Kepada Kriteria Total Quality Fast Track Model (TQFTM) - Ke Arah Pengiktirafan TQM SIRIM. Pelaksanaan model ini adalah untuk membantu organisasi secara berperingkat dalam pelaksanaan program ke arah meningkatkan daya siang dan menjamin kelestarian organisasi di masa hadapan. 

"Total Quality Management" adalah falsafah pengurusan dan amalan organisasi yang bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber manusia dan bahan sesebuah organisasi dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai obejktif organisasi.

Total Quality Fast Track Model (TQFTM) pula adalah model pelaksanaan yang menyediakan langkah demi langkah demi langkah peluang penambahbaikan yang berterusan, organisasi yang 'lean' dan cemerlang. Setiap langkah penambahbaikan boleh diukur samada melalui penilaian kendiri, pensijilan atau penglibatan dalam anugerah dan konvensyen di peringkat Negara atau Luar Negara.