​TEMPAHAN STADIUM MALAWATI

Pengenalan      

  1. Stadium Malawati dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 12 Mei 1998. Majlis mengambil alih pengurusan penyelenggaraan pada 1 Januari 2003 dan menguruskan sepenuhnya pada 1 April 2005. Stadium Malawati berkapasiti 13,000 orang penonton dan arena berkeluasan 900m² (50m x 50m).

  2. Pelbagai aktiviti dan acara boleh dijalankan di Stadium Malawati antaranya acara sukan, jualan gudang, konsert, pameran, program ceramah dan lain-lain yang berkaitan.

Kemudahan

Kerusi bergerak (bleechers seats) di arena berkapasiti 2,348 orang penonton.

  • ​Berhawa dingin

  • ​Perkarangan

  • ​Bilik persalinan

  • ​Surau

  • ​Ruang makan

  • ​Tandas

  • ​Ruang dan Lampu Arena​

  • ​Tempat Letak Kereta VIP

  • ​Kiosk

Cara Memohon

Semua permohonan untuk menggunakan Stadium Malawati, Kompleks Sukan Shah Alam haruslah dibuat dengan menghantar surat / faks / emel ke Bahagian Pengurusan Stadium, MBSA atau mengisi borang permohonan penyewaan Kompleks Sukan Shah Alam.

Kadar

​​​​​B​​​​​il​​​​​​​ ​Butira​​n​​​​​​ ​K​a​​d​ar
​1. ​Perhimpunan / Karnival / Konvensyen  / Jualan Gudang / Pameran
​RM 20,000.00 sehari (Isnin-Jumaat)
RM 25,000.00 sehari (Sabtu-Ahad)
​2. ​​​​Konsert (Acara Bertiket)​ ​15% daripada kutipan kasar tiket atau RM55,000 mana yang lebih tinggi
3.

​Majlis Perkahwin​​an atau Keraian​

  • ​Dengan Penghawa Dingin
  • Tanpa Penghawa Dingin
RM 1,300.00 (1 Jam)
  • Maksimum 8 Jam ​RM1,500.00 tambahan setiap jam berikutnya
​RM 500.00 (1 Jam)​
​​4.​
​​Penggambaran Filem atau Iklan atau Video.
  • ​Dengan Penghawa Dingin
  • Tanpa Penghawa Dingin

RM 1,500.00 (​1 Jam)

​RM 500.00  (1 J​​am)

5. Rakaman siaran langsung Acara Sukan
RM 3,000.00
6.
Acara sukan​.
  • ​Dengan Penghawa Dingin
  • Tanpa Penghawa Dingin​

​RM 1,500.00 sejam mana yang lebih ti​nggi

​RM 500.00 (1 Jam)

​​7.
Persiapan / pemunggahan​ (tanpa aircond)
  • ​​​Acara Kons​ert

  • Lain-lain Acara
RM 2,000.00
RM 2,000.00
​​8. Utiliti (Air & Elektrik) ​RM 500.00 (1 Hari)
​9. Pembersihan RM 3,000.00 (1 Hari)


Makluman:-

Kadar harga adalah berdasarkan tempahan dan penggunaan serta tertakluk kepada syarat-syarat penyewaan.​

​​Garis Panduan

  1. Penyewa perlu mengemukakan Borang Setuju Terima dan menjelaskan bayaran pendahuluan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh surat sebutharga untuk pengesahan bagi penggunaan acara yang dipohon. Sekiranya gagal, pihak tuan dianggap tidak berminat meneruskan penyewaan dan permohonan adalah terbatal.

  2. Bayaran Cagaran dan Sewaan penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan / acara berlangsung.​

  3. Pembayaran sewaan yang dibayar terus ke dalam akaun MBSA mestilah menghantar sesalinan resit / slip bank kepada Bahagian Pengurusan Stadium melalui talian faks 03-55198391 atau emel ke  stadium@mbsa.gov.my  bagi tujuan rujukan.​
  4. Jika sekiranya wang cagaran dan wang sewaan penuh tidak dijelaskan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan (dua minggu dari tarikh acara), tempahan tidak dapat disahkan dan permohonan tuan/puan dianggap batal.  Sehubungan itu, Majlis boleh mengikut budi bicaranya menerima sebarang tempahan daripada pihak lain jika ada.

  5. ​Bayaran /wang pendahuluan tidak akan dipulangkan sekiranya pihak penyewa membatalkan acara dalam tempoh seperti dibawah:-

    • Notis lebih dari 30 hari  -  20%​

    • Notis dari 15-30 hari     -   50%​

    • Notis kurang dari 15 hari  -   100%

  6. Majlis juga akan mengenakan 5% caj kos perkhidmatan daripada kadar sewa ke atas pembatalan / penukaran tarikh tempahan tersebut (mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Majlis).

  7. Wang Cagaran perlu dituntut dalam tempoh satu (1) minggu hingga tiga (3) bulan selepas selesai acara berlangsung. Sekiranya gagal, wang cagaran tidak akan dikembalikan.​

Persiapan Acara​​

  1. Penyewa dikehendaki menghubungi pihak Majlis selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh penggunaan untuk membincangkan persiapan yang akan dibuat.

  2. Penganjur / penyewa / pengguna hanya dibenarkan masuk membuat persiapan dan seterusnya menggunakan Stadium pada waktu/jangkamasa yang ditetapkan sahaja.

  3. Sekiranya penggunaan melebihi waktu yang diberikan, bayaran lebih masa akan dikenakan kepada penyewa.  Walaubagaimanapun, tertakluk kepada kekosongan pada masa itu serta kelulusan dari pihak Majlis​

​Kemudahan / Pe​​ralatan

  1. ​Majlis tidak menyediakan kerusi, meja, perhiasan pentas dan lain-lain kemudahan. Penganjur / penyewa / pengguna hendaklah menguruskan sendiri mengikut keperluan.​

  2. Penganjur / penyewa / pengguna dikehendaki menggunakan segala alat-alat pepasangan tandas dengan berhati-hati dan cermat.​

  3. Penganjur / penyewa / pengguna dikehendaki menggunakan alat-alat mekanikal/elektrik dengan berhati-hati dan cermat.  Pendawaian elektrik ta​mbahantidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Majlis.

​Kawalan Keselam​atan 

  1. Majlis tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan harta benda, sebarang kecederaan atau kematian yang berlaku ke atas penganjur / penyewa / pengguna/pengunjung semasa menggunakan Stadium.

  2. Pameran barang-barang berharga hendaklah mendapat kerjasama daripada pihak Polis untuk kawalan keselamatan.​

​Syarat

  1. ​Penganjur / penyewa / pengguna adalah bertanggungjawab mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis atau yang berkenaan mengenai aktiviti seperti ceramah, konsert dan lain-lain seumpamanya sebelum menggunakan Stadium.​

Tatacar​​a / Tatalaku

  1. Dilarang sama sekali merokok di dalam Stadium.

  2. Dilarang sama sekali membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Stadium kecuali mendapat kebenaran secara bertulis dari pihak Majlis.

  3. Dilarang sama sekali membawa masuk binatang peliharaan ke dalam Stadium.

  4. Adalah menjadi tanggungjawab Penganjur / penyewa / pengguna untuk memastikan Stadium Malawati berada dalam keadaan bersih  dan baik semasa dan selepas majlis.  Segala sampah sarap atau sisa-sisa makanan hendaklah dibawa keluar terus dari kawasan Stadium.

    Makluman : Wang Cagaran TIDAK akan dipulangkan sekiranya tahap kebersihan tidak memuaskan dan fasiliti tidak berada dalam keadaan baik / berlaku kerosakan.​

Penarikan Balik Tawa​​ran

  1. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Majlis terpaksa menggunakan Stadium pada tarikh yang ditempah, maka tempahan terpaksa dibatalkan.  Wang Cagaran dan Wang Sewaan akan dipertimbangkan untuk pulangan.  Penganjur / penyewa / pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.

  2. Segala keputusan Majlis di atas masalah yang mungkin timbul / berbangkit dengan  penganjur / penyewa / pengguna adalah muktamad.

Tuntutan

  1. Penganjur / penyewa / pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lainyang disebabkan apa-apa masalah yang timbul semasa tempoh sewaan penganjur / penyewa / pengguna. ​

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
​Kaunter UtamaLif A, Aras G, Wisma MBSA


  1. ​​​Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Cek / Bank Draf / Wang Pos
    Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​

Hubungi​​

Bahagian Pengurusan Stadium,
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Level 1, Kuadron AB, Stadium Shah Alam,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : 03-55198766 / 03-55198133
Faks     :  03-55198391
Emel     :  ​stadium@mbsa.gov.my​​ ​​​​​
Gambar Malawati