​PERMOHONAN PERTUKARAN NOMBOR PREMIS

Pengenalan

Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kepercayaan/'feng shui' oleh masyarakat bukan Islam yang membawa maksud 'mati' dan antara alasan dan kepercayaan pemilik adalah :​​

  1. ​​​​Tren dan kehendak masa kini yang lebih mementingkan aspek-aspek 'Feng Shui' dan pantang larang bagi premis yang mempunyai unsur  nombor '4' dan '13'.​

  2. Nombor premis telah menjadi aspek utama dalam nilaian hartanah.​

  3. Meningkatkan harga jualan dan nilai premis.​

  4. Nombor premis tersebut tidak membawa tuah kepada keluarga (unit kediaman)​​

  5. Perniagaan yang dijalankan tidak berdaya maju.​​

Garis Panduan

  1. ​Permohonan bagi menukar nombor premis boleh dikemukakan kepada Majlis untuk tujuan berikut :
     
    No​​mbor Asa​​l Nombor Baru (Pindaan)
    4 2A
    14 12A
    24 22A
    34 32A
    44 42A
    54 52A
    64 62A
    74 72A
    84 82A
    94 92A
    104 102A
    Dan seterusnya Dan seterusnya
  2.  

  3. ​​​Dasar Majlis bagi penomboran premis hendaklah masih dipatuhi seperti berikut:

    • Nombor Premis Di Sebelah Kanan :   Nombor Ganjil (1,3, 5 .......)​

    • Nombor Premis Di Sebelah Kiri     :   Nombor Genap (2,4,6 .....)​​​

  4. Pembangunanan yang berbentuk bertingkat hanya dibenarkan bagi penukaran nombor unit sahaja dan bukannya tingkat bangunan.

  5. Pemilik hendaklah mengemukakan resit bayaran cukai pintu terbaru.  Pembeli/pemilik rumah adalah wajib membayar cukai pintu yang dikenakan oleh Majlis sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

  6. Pemohon hendaklah bertanggungjawab membuat pindaan alamat kepada agensi berkaitan sejurus selepas kelulusan yang melibatkan alamat cukai pintu, cukai tanah, bill TNB, bill SYABAS, lesen perniagaan, bank dan sebagainya.​​

Kadar

Kediaman​​​

Perd​agangan / Perindustrian / Industri

RM 100.00

RM 400.00

  

Muat Turun

​Bora​ng E Borang E​​

Kaedah Bayaran​

​​L​​okasi​​​ ​Kaed​​ah
  1. Kaunter Utama,
    Lif A, Tingkat G, Wisma MBSA.

  2. Kaunter OSC
    Tingkat LG, Wisma MBSA
  1. ​​Tunai
  2. Cek / Bank Draf
    Bayaran hendaklah dibuat didalam 2 cek / bank draf berasingan atas nama :​​

    • ​​​​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM  - bagi ​bayaran proses.
    • ​​​​​​MBSA – AKAUN CAGARAN - bagi bayaran ​cagaran​​.​

           
​Hubungi​​

​Jabatan Perancangan​,
Ma​jlis Bandaraya Shah Alam,
​Tingkat 9,  Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.​​​
Telefon​:Zon 1 (Seksyen 1 - 24
03 - 5522 278​1​
Zon 2 (Seksyen 25 - 36)
03 - 5522 2746
Zon 3 (Seksyen U1 - U9)
​03 - 5522 2867
Zon 4 (Seksyen U10 - U15)
03 - 5522 2748
Zon 5 (Seksyen U4, U5, U16 - 20)
03 - 5522 2869​​
Faks​:03-5510 2970
​Emel​:perancang@mbsa.gov.my​​​​​​​​​​​​