Permohonan Tambahan Pindaan Rumah Kediaman (Pelan Setara)

​​​​​​Pengenalan​

​Pemilik yang bercadang untuk membuat permohonan tambahan pindaan  rumah kediaman bagi rumah teres 1 tingkat dan 2 tingkat jenis lot tengah (intermediate)​ yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh menggunakan Buku Pelan Setara.​ Majlis akan mengeluarkan kelulusan dalam tempoh 1 jam setelah bayaran proses dijelaskan.

Pelan setara yang disediakan di dalam buku garis panduan ini digunakan sebagai ganti pelan untuk dikemukakan oleh pemilik kepada Majlis Bandaraya Shah Alam  tanpa perlu mendapat khidmat perunding untuk diluluskan seperti mana yang terkandung di dalam peruntukan Seksyen 18, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS). Oleh itu, pemilik bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tambahan /pindaan yang dilakukan dari segi kestabilan dan kekukuhan  struktur-struktur yang dibina. Pemilik hanya perlu memilih jenis tambahan / pindaan yang ingin dilakukan dan menandatangani setiap salinan yang telah dipilih. Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan kerja-kerja tambahan / pindaan berkenaan.

Garis Panduan Pelan Setara ini  boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM50.00.

​Cara Memohon

  1. Mengisi Borang permohonan dan melengkapkan  pelan setara.  Untuk keterangan lanjut sila ke Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA.

     
  2. Lengkapkan pelan-pelan tersebut dengan:
     
  3.  
    • Nama pemilik ; mengikut nama yang tertera pada salinan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) 
       
    • Alamat Rumah
       
    • No. kad pengenalan​
       
    • Kenal pasti jenis rumah, bahagian yang ingin dilakukan tambahan pindaan, ukuran lot, jarak bangunan  sedia ada dari garisan sempadan. 

    • Pilih lakaran yang sesuai dengan cadangan tambahan pindaan yang ingin dilakukan (Rumah Teres Dua Tingkat) atau Pelan Tambahan Hadapan Atas(Rumah Teres Dua Tingkat) dan sebagainya.

    • Tandatangan pemilik / penyewa pada setiap borang dan pelan lakaran.
       
     
  1. Pemilik  perlu mengemukakan permohonan permit meletak bahan binaan  bersekali dengan permohonan tersebut.

  2. Pemilik dikehendaki memohon perkhidmatan menggunakan tong RORO (Roll On Roll Off) bagi pembuangan sisa binaan. Bayaran bagi perkhidmatan ini hendaklah dijelaskan bersama  bil proses tambahan pindaan di Kaunter G, Wisma MBSA .

  3.  
  4. Serahkan Resit-resit Jelas Kepada Kaunter Jabatan Bangunan Sebagai Bukti P​embayaran pada hari yang sama.​

  5. Waktu Operasi Penerimaan Permohonan Lengkap Di Kaunter

    ISNIN- KHAMIS
    ​: 8.00PAGI-3.00 PETANG
    ​REHAT
    ​: 1.00-2.​​00 PETANG
    ​JUMAAT
    : ​8.00 PAGI-11.30 PAGI

Kadar

Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan.

 
 
 

Bi​​l ​​

​​Perkara ​

Bayaran

Proses Pelan

(RM)

1.

Bayaran Proses Pelan

300.00

(setiap tambahan)

 

2.

Bayaran proses Permit Meletak Bahan Binaan 

648.00



 

3.

Bayaran Perkhidmatan Kutipan Sisa Bahan Binaan (Tong Roro) 

880.00

 


 

Garis Panduan Penggunaan Pelan Setara

buku.JPG

   *Garis Panduan Pelan Setara ini  boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM50.00.

Akta 

  1. Undang-undang Kecil Selangor 1986
  2. Seksyen 70 (1)  Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi​Kaedah

Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek                        

    Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​

    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses

Hubungi

Kaunter Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA, 
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5522 2848​​​​​
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel: bangunan@mbsa.gov.my​​