Permohonan Permit Struktur Pemancar Telekomunikasi Atas Bangunan (Pelan Setara)

Pengenalan​

​Pemilik syarikat telekomunikasi yang bercadang untuk membuat permohonan struktur pemancar telekomunikasi atas bangunan dengan menggunakan pelan setara  Majlis akan mengeluarkan kelulusan dalam tempoh 1 hari setelah bayaran proses dijelaskan.

Pelan setara yang disediakan di dalam buku garis panduan ini digunakan sebagai ganti pelan dan dikemukakan sendiri oleh pemilik syarikat telekomunikasi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam  untuk diluluskan seperti mana yang terkandung di dalam peruntukan Seksyen 18, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS). Pemilik syarikat telekomunikasi hanya perlu memilih jenis struktur pemancar telekomunikasi yang ingin  dilakukan dan menandatangani setiap pelan yang dipilih. Pemilik   syarikat telekomunikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap  pembinaan /pemasangan struktur pemancar telekomunikasi yang dilakukan sama ada dari aspek keselamatan, kestabilan dan kekukuhan struktur yang dibina serta kerja-kerja pemasangan struktur tersebut.   

Garis Panduan Pelan Setara ini  boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam dengan harga RM200.00.

     

     1.     Syarat  Asas Pembinaan Struktur Pemancar atas Bangunan.

              1.1    Syarat asas yang perlu dipatuhi bagi pembinaan struktur sistem pemancar atas bangunan adalah seperti  berikut:

    • Ketinggian   struktur  telekomunikasi tidak boleh melebihi separuh ketinggian permukaan tampak  bangunan atau 12 meter yang (mana lebih rendah)
    • Warna struktur perlu seragam atau selaras dengan warna keseluruhan tanpak bangunan. Pembinaan struktur hendaklah mengambil kira serta memelihara ciri-ciri estetika bangunan berkenaan.
    • Pembinaan struktur dari lantai tingkat teratas bangunan menembusi bumbung tidak dibenarkan.

              1.2    Syarat asas bagi pemasangan sistem pemancar telekomunikasi pasa papan iklan adalah seperti berikut:

    • Papan iklan mesti mempunyai permit kelulusan iklan daripada Jabatan Perlesenan & Penguatkuasan MBSA.
    • Penempatan peralatan telekomunikasi di atas tanah hendaklah berada di dalam kawasan papan iklan.
    • Struktur cadangan boleh dipasang di bahagian atas, bawah dan bahagian sisi papan iklan.
    • Ketinggian keseluruhan struktur pemancar yang melebihi sisi atas papan layar adalah maksima 3 meter.
    • Jarak dan sisi ke struktur pemancar tidak boleh melebihi 1 meter dari sisi atau menegak layar tersebut.

               1.3    Syarat asas bagi pemasangan sistem bagi pemasangan sistem pemancar telekomunikasi pada minaret/ menara mu'azan

    •  Pemeliharaan/ mengekalkan nilai-nilai estetika minearet/ menara mu'azan  tersebut.
    • Tidak dibenarkan membina minaret / menara mu'azan   baru di masjid, surau atau madrasah bagi tujuan pemasangan sistem pemancar telekomunikasi.

​Cara Memohon

  1. Mengisi Borang permohonan dan melengkapkan  pelan setara.  Untuk keterangan lanjut sila ke Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA.

     
  2. Lengkapkan pelan-pelan tersebut dengan:
    • Nama ; mengikut nama yang tertera pada salinan Perjanjian Penyewaan(Tenancy Agreement)
    • Alamat tapak (premis)
    • No. kad pengenalan​
    • Kenal pasti jenis struktur pemancar telekomunikasi yang ingin dipasang/dibina di atas bangunan/papaqn iklan/minaret, ukuran lot, jarak bangunan sedia ada dari garisan sempadan. 
    • Pilih pelan butiran jenis struktur pemancar telekomunikasi yang sesuai.
    • Tandatangan pemilik struktur/penyewa pada setiap borang dan pelan lakaran.

        3.    Serahkan Resit-resit Jelas Kepada Kaunter Jabatan Bangunan Sebagai Bukti P​embayaran pada hari yang sama.​

        4.    Waktu Operasi Penerimaan Permohonan Lengkap Di Kaunter

ISNIN- KHAMIS ​: 8.00PAGI-3.00 PETANG
​REHAT ​: 1.00-2.​​00 PETANG
​JUMAAT : ​8.00 PAGI-11.30 PAGI

Kadar

Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan.

Bil ​Perkara Bayaran​ Poses Pelan Bayaran Permit Tahunan
​1.

Struktur Pemancar Telekomunikasi

i. Jenis 'Unipole'

ii. Jenis 'Boom'

iii. Jenis 'Minimast'

RM250

(Bagi setiap satu struktur pemancar telekomunikasi)

RM2,000.00

(bagi setiap satu struktur pemancar telekomunikasi)