LESEN 1 JAM

Pengenalan

Pengeluaran lesen perniagaan dalam tempoh satu jam ini merupakan inisiatif berterusan pihak Majlis yang sentiasa berusaha untuk mempermudahkan dan mempercepatkan proses kerja yang boleh memberi keselesaan kepada orang ramai.


Objektif utama pengeluaran lesen satu jam ini adalah untuk mempermudahkan urusan permohonan lesen perniagaan kepada orang ramai khususnya kepada pelabur dalam dan luar negara yang ingin memulakan perniagaan mereka di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. ​

Cara Memohon 

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama empat (4) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.​​​​​​

  3. Borang Permohonan Lesen 1 Jam yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13.

Garis Panduan

  1. Borang D dan Borang A (ROB).​ 

  2. Borang 9 dan 49 (ROC) atau Borang 13 (tukar nama).   

  3. Salinan Kad Pengenalan.

  4. Salinan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab.   

  5. Salinan CCC/CF.

  6. Salinan Permit Bangunan (Jika Berkenaan).   

Tempoh Bayaran

  1. ​B​ayaran​ p​roses perlu dibuat pada hari permohonan lesen.

  2. Bayaran​ lesen perlu dibuat serta-merta setelah mendapat surat kelulusan.

Kadar

Bayaran Memproses Permohonan Lesen:-      

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan - Perniagaan​​RM 50.00​
OS​​- RM 53.00
Bayaran Proses Permohonan
- Perindustrian
RM 100.00​OS
-RM 106.00
Penjualan Patil
RM 7.00​SR​6​RM 7.42​
​Penjualan Sticker Lesen​RM 5.00​SR​6RM 5.30​

Nota :
SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​
OS - Out Of  Scope​

Muat Turun    

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Lesen 1 Jam  carta 1jam

  2. Borang Permohonan Lesen 1 Jam     borang 1jam

  3. Senarai Jenis Perniagaan Yang dikeluarkan 1 Jam   senarai 1jam

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
  1. ​​Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA​

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai

  2. Kad Kredit

  3. Cek

  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses

    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​

Hubungi

Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my