LESEN ANJING

Pengenalan

Permohonan Lesen Anjing meliputi semua kawasan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Cara Memohon 

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1​) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan.​​​​​​ 
  3. Borang Permohonan Lesen Anjing yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Syarat  

  1. Anjing mencapai umur tiga (3) bulan perlu mendapatkan lesen daripada Majlis Bandaraya Shah Alam.

  2. Jenis premis yang dibenarkan memelihara anjing ialah:-​

  3. Bil ​​​Jenis​​ Bilangan Anjing ​
    i. Rumah Kediaman Sesebuah (Banglo) 2 ekor
    ii. Rumah Berkembar (Semi-D) & cluster 2 ekor
    iii. Rumah Teres Lot Hujung (Conner Lot) 2 ekor
    iv. Rumah Teres Lot Tepi (End Lot) 1 ekor
    v. Rumah Teres Lot Tengah (Intermediate) 1 ekor
    vi. Kilang Sesebuah dan Kelab Eksekutif 2 ekor​
  4. Jenis premis yang perlu mendapatkan pandangan jiran:-​

  5. Bil Je​nis Premis Kedudukan Jiran​    ​

    ​i.

    ​Rumah Teres Lot Tengah​ (Digalakkan bagi anjing jenis toy

    dog
    sahaja)

    ​Jiran di ​sebelah kiri dan kanan

    ​ii.

    ​Rumah Teres Lot Tepi (End Lot) Dan  Lot Hujung (Conner Lot)

    ​Jiran di ​sebelah kiri atau kanan

    ​iii.

    ​Rumah sesebuah (Banglo), Rumah Berkembar Semi-D dan cluster

    ​Jiran di sebelah kiri, kanan dan belakang

    ​iv.

    ​Kilang sesebuah dan Kelab Eksekutif

    ​Jiran di ​sebelah kiri atau kanan

         
  6. Pemohon/pemunya anjing hendaklah mempamerkan papan tanda menunjukkan premis mempunyai anjing.
  7. Jenis anjing tidak dibenarkan dipelihara ialah Akita, American Bulldog, Dogo Argentino, Fila Brazilireo, Japanese Tosa, Neapolitan Mastiff, Pit Bull Terrier /American Pit Bull dan Staffonshire Bull Terrier.
  8. Anjing dari jenis Rottweiler tidak dilarang untuk dipelihara tetapi pemilik perlu mendapatkan pengesahan kesihatan fizikal haiwan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor sebelum dilesenkan oleh PBT. Borang tersebut boleh didapati di:-
  9. Jabatan Veterinar Daerah Petaling,
    Lot 2, Jalan Utas 15/7,
    Seksyen 15,
    Tel: 03-  55103900, 03-55100614.

  10. Syarat mendapatkan kebenaran khas ini bagi permohonan baru sahaja. Bagi pemilik sedia ada yang telah mempunyai lesen boleh terus memperbaharuinya sehingga anjing tersebut mati.

  11. Pemunya anjing hendaklah:-
    • Menyelenggara rumah anjing di mana anjing itu ditempatkan dalam keadaan cuci dan bersih.  Walaubagaimanapun, pemilik anjing tidak diwajibkan bagi mengadakan rumah anjing.​​
    • Membuang dari premisnya apa-apa bahan najis daripada anjing dengan apa-apa cara yang tidak mungkin akan menyebabkan kesalahan atau kesusahan pada orang lain.
    • Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan anjing tidak menganggu disebabkan oleh salakan yang tidak berhenti-henti atau selainya kepada jiran-jiranya.
    • Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa  anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemunya dan anjing itu hendaklah berikat dan dipakaikan sarung mulut ketika dibawa keluar oleh pemunya.
    • Tidak boleh membawa anjing ke tempat-tempat awam untuk​ membuang najis.
    • Anjing perlu dipakaikan dengan tag sepanjang masa.
  12. Mana-mana anjing yang berumur lebih daripada tiga (3) bulan dijumpai terlepas bebas atau dijumpai di tempat awam dengan tidak memakai lencana/tag logam lesen, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam boleh merampas atau membinasakan anjing tersebut.
  13. Pemilik anjing hendaklah pastikan anjing telah disuntik dengan vaksin iaitu penyakit canine distemper, parvo virus dan hepatitis. Vaksinasi ini perlu disuntik setiap tahun.
  14. Segala peraturan tertakluk kepada undang-undang dan arahan Majlis dari masa ke semasa. ​

Kadar 

Bil  Jenis Bayaran​​​ ​Kadar Bayaran Seekor       (RM)


​LESEN
​TAG​​​​
​GST
JumlahKod​%​​Jumlah Selepas GST​​
1. Bayaran lesen dan tag anjing 10.00 10.00OS6​RM 10​.00​​​
2. Lesen dan tag anjing bagi warga emas yang berumur 56 tahun ke atas
5​.00

5.00

SR​

6​

RM 5.30​
3. Pengecualian bayaran lesen bagi OKU - --​-​-​​​
Nota :
SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​
OS - Out Of  Scope​

Mu
at Turun
  1. Carta Alir​​​ Permohonan Lesen Anjingcarta anjing
  2. Borang Permohonan Lesen Anjing carta anjing​​
  3. Borang Pandangan Jiran borang anjing

​Tindakan Ingkar Patuh 

Sesiapa yang melanggar mana-mana Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Bandaraya Shah Alam)  2007 ini, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau dihukum penjara tidak lebih daripada (1) satu tahun atau kedua-duanya sekali.​ 

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA​

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA

​​​Tunai

Hubungi

Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my