LESEN IKLAN

Pengenalan

Permohonan Lesen Iklan Kekal adalah untuk papan iklan yang diletakkan atau dipamerkan di hadapan premis atau di bahagian sisi premis. Permohonan ini meliputi papan iklan yang bercahaya atau tidak bercahaya. Setiap paparan bahasa bagi visual iklan perlu mendapatkan pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Cara Memohon

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan. 

  3. ​​​​​​Borang Permohonan Lesen Iklan yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Garis Panduan

  1. Contoh Lakaran Papan Iklan. Rujuk Rajah A.

  2. Sila sertakan dokumen-dokumen seperti di bawah untuk permohonan Lesen Iklan Kekal.

  3. Bahagian A 

    (Permohonan Lesen Iklan Pejabat Urusan, Klinik, Pemberi Pinjaman Wang Berlesen, Pajak Gadai, Pengurup Wang Berlesen, Wakil Insurans, Bank).

    1. Sertakan satu salinan ROB (Borang A dan D) atau ROC (Borang 9 dan 49 atau 13 jika ada) atau pendaftar Pertubuhan atau Perakuan Doktor dan Pengarah Perubatan Malaysia (bagi iklan klinik).

    2. Satu salinan lakaran iklan kekal yang lengkap dan dibuat melalui komputer. 

    3. Satu salinan visual iklan yang telah disahkan oleh DBP

    4. Sekeping gambar lokasi pemasangan iklan kekal. 

    5. Satu salinan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF). 

    6. Surat-surat kelulusan dari Agensi Kerajaan yang lain. 

    7. Surat Kebenaran jika terdapat iklan 2 muka di sisi/ tepi premis bangunan (jika berkenaan).

    Bahagian B 

    (Permohonan Lesen Iklan Sediada – Komposit (Komposit atau Perindustrian).

    1. Satu salinan lesen komposit (Perniagaan atau Perindustrian).

    2. Satu salinan lakaran iklan kekal yang lengkap dan dibuat melalui komputer. 

    3. Satu salinan visual iklan yang telah disahkan oleh DBP

    4. Sekeping gambar lokasi pemasangan iklan kekal. 

    5. Surat Kebenaran jiran jika terdapat iklan 2 muka di sisi/ tepi premis bangunan (jika berkenaan). 

    6. Permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat di bahagian A & B akan ditolak atau tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan.

Syarat  

  1. Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap (lukisan dan tulisan tangan menggunakan pensil atau pen tidak diterima). 

  2. Aktiviti syarikat hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia dan saiz tulisan hendaklah 5% lebih besar daripada nama syarikat dan berkedudukan di atas nama syarikat.  

  3. Pengusaha perlu mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa bagi visual iklan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sila hubungi DBP di talian 03-2147 9108/9/03-2147 9110 untuk maklumat lanjut. 

  4. Pengusaha dikehendaki melampirkan lakaran lokasi pemasangan papan iklan mengikut pelan lokasi yang dinyatakan. 

  5. Maklumat papan iklan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat-maklumat seperti ukuran papan iklan, ukuran perkataan serta nyatakan samada ianya bercahaya atau tidak bercahaya. 

  6. Pengusaha dikehendaki menyediakan ruangan untuk mempamerkan nombor rujukan kelulusan papan iklan di sebelah bawah, penjuru kanan. 

  7. Papan iklan yang dipasang menghalang struktur bertingkap dan berkaca adalah tidak dibenarkan. 

  8. Papan iklan yang dipasang mestilah tidak melepasi bumbung bangunan. 

  9. Struktur iklan hendaklah mendapatkan kelulusan Jurutera bertauliah atau berdaftar. 

  10. Pemohon tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Iklan Majlis.

Kadar

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​​GST​Jumlah Selepas
(GST)
​Jenis​%​
Bayaran ​Proses Permohonan - Perniagaan​​RM 50.00​
OS​​- RM 50.00
Bayaran Proses Permohonan
- Perindustrian
RM 100.00​OS
-​​RM 100.00
Penjualan Patil
RM 7.00​SR​6​RM 7.42​
​Penjualan Sticker Lesen​RM 5.00​SR​6RM 5.30​

Nota :
SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​
OS - Out Of  Scope​

Tempoh Bayaran

B​ayaran​ p​roses perlu dibuat pada hari permohonan lesen.

Muat Turun

  1. Rajah A iklan
  2. Carta Alir Permohonan Lesen Iklancarta iklan 
  3. Borang Permohonan Lesen Iklan  borang iklan

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Bandaraya Shah Alam) 2007 

Kaedah Bayaran

​Lokasi ​Kaedah
  1. ​​Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA 

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA 

 

  1. ​​​Tunai            
  2. Kad Kredit 
  3. Cek     
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama:​​           
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses 

    • MBSA AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​ 

Hubungi

Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
 
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1309/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my