CAJ PEMAJUAN​​​

​Pengenalan

  1. ​​Caj Pe​majuan adalah bayaran yang diberi ​oleh PBT kepada mana-mana pemoho​n pemajuan sekiranya terdapat Rancangan Tempatan atau Pengubahan Rancangan Tempatan pemilik tanah ke atas kelulusan perancangan yang menyebabkan kenaikan nilai tanah atas sebab-sebab berikut:-

    • ​​​​ ​Kelulusan pe​​​mb​​​angunan yang terlibat dengan penukaran zon gunatanah yang telah menaikan nilai tanah.

    • Terdapat lebihan luas lantai daripada nisbah plot yang dinyatakan dalam pelan​ pembangunan.

    • Terdapat lebihan unit di atas ketumpatan purata kediaman yang dinyatakan dalam perintah pembangunan​.

  2. ​​Tujuan caj pemajuan adalah u​ntuk menampung peruntukan menyediakan dan mempertingkatkan kos infrastruktur dan kemudahan pada kawasan tersebut akibat daripada kelulusan perancangan yang diberikan. Majlis Bandaraya Shah Alam telah menggunapakai Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 pada 25 November 2010​.

  3. Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010​ diwartakan dalam warta Kerajaan Ne​geri Selangor melalui No. Warta Sel.P.U.36 pada 25 November 2010.

Akta/ Enakm​en/ Undang-Undang Kecil (UUK)​

Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Dibawah Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010.
(Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan 2010 diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri Selangor melalui No. Warta Sel.P.U.36 pada November 2010.​

​​Cara Memohon​​

Permohonan menentukan kadar caj pemajuan berdasarkan arahan dari Jabatan Perancangan​.

Kaedah ​​​​Penilaian

  1. ​​​Setiap kes yang diperolehi perlulah ditentukan bilakah Pelan Warta RT diluluskan dan bilakah KM dihantar ke Jabatan Perancang.

  2. Dalam kes MBSA semuanya berasaskan perubahan RT MBSA 2020 diwartakan tahun 2010 dan RT MBSA (P1) 2020 pada tahun 2012.

  3. ​​Penentuan Nilai Pasaran Harta berdasarkan kegunaan tanah. Untuk maksud ini bukti-bukti jualbeli akan diperolehi dari harta sebanding dan pada tarikh yang terakhir berlaku transaksi jualbeli.

  4. Bukti-bukti jualbeli akan diperolehi dari bantuan Jabatan Perkhidmatan Penialain Harta Negeri Selangor (JPPH Selangor) dan juga sumber-sumber lain.​

Penilaian Dibuat berdasark​an Perubahan Kegunaan Tanah​

Perubahan ini disebabkan oleh perubahan k​egunaan tanah dimana telah pertukaran status daripada tanah pertanian kepada tanah perindustrian, atau kediaman atau perdagangan. Di​​samping itu perubahan ini telah meningkatkan nilai pasaran tanah tersebut.​​

Contoh 1.
Perubahan Kegunaan tanah daripada tanah pertanian kepada kediaman :​​

LAPORAN PENILAIAN UNTUK ​​MAKSUD MENENTUKAN CAJ PEMAJUAN, LOT 7710, JAL​AN SUBANG PERMAI ​U6/3, TAMAN SUBANG PERMAI, SEKSYEN U6, SH​​​AH ALAM​​​​​ ​

​​​NAMA PEMILIK​

​:​​

​​X

​PERUNDING

​:

​Y

​STATUS TANAH

​:

​TANAMAN BUAH-BUAHAN

​STATUS PEGANGAN

​:

​PAJAKAN 99 TAHUN

​KELUASAN TANAH

​:

​21,780 K.P (0.5 EKAR)

​CADANGAN

​:

​MEMBINA 4 UNIT RUMAH KLASTER​​​

​Pe​rub​ahan kegunaan tana​h daripada tanah pertanian kepada kediaman

Nilai tanah kategori pertanian RM 522,720.OO seekar (RM 12 skp)

​​Nilai tanah ketegori perdagan​gan RM 1,089​​,000.00 seekar (RM 25 skp)

​(Bukti - bukti jual beli dari s​umber Jabatan Penilaian Harta Selangor dan Maklumat jual beli melalui JPPH MBSA (Borang I)​​)​​​​​

​Keluasan tanah 0.​5 ekar @ RM 522,720.00/ ekar - RM 261,360.00 (Nilai Kategori Pertanian)​ ​​

​Keluasan tanah 0.5 ekar @ RM 1,089,000.00/ ekar - RM 544,500.00 (Nilai Kediaman)​ ​​ ​ ​

​​Kadar caj ​​pemajuan​

​=

​RM​​ 544,500.00 - RM 261,360.00

​=

​​RM 283,140.00 @ 30%​​​

​​=

​​RM 84,942.00​

JUMLAH CAJ PEMAJUAN IALAH  RM 8​​4,942.00​​​​​​​​

Contoh 2.

Penambahan ​nisbah plot (plot ratio) :​​

LAPORAN PENILAIAN UNTUK MAKSUD MENENTUKAN CAJ PEMAJUAN, LOT NP. 4, PRESINT 3.3, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 4000​0 SHAH ALAM​​​​​ ​ ​ ​

LOKASI​

​:​​

​​LOT NO.4, PRESIT 3.3, PERISARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM

​PEMILIK

​:

​Y

CADANGAN

​:

KOMPLEKS PERSIAPAN 17 TINGKAT
11 TINGKAT SOHO 1 TEMPAT LETAK KERETA/ DEWAN/ RUANG/ PERNIAGAAN)

​KELUASAN TAPAK

​:

0.928 EKAR (40,423.37 KP)

​​NISBAH PLOT RATIO BERTAMBAH ​DARIPADA 3.3 KEPADA 3.95
(DENGAN KELULUSAN LANTAI 12,393.1434 MP KEPADA 14,868.65 MP)

​​PERBEZAAN KELULUSAN LANTAI 14,868.65 MP - 12,393.143 MP = 2,475.507 MP​​​

​​​

Pengira​​an​​​ Caj Pem​​ajuan​

Perbezaan (plot ratio)

Luas lantai​​

=

​14,868.65 MP - 12,393.143 MP

​​

​=

​2,475.507 MP​ (26,646.10 ​kp)

Jumlah keluasan lantai

=

​26,646.10 kp

26,646.10 kp @ RM 40.00/ skp (perbezaan nilai - RM 110 s.k.p - RM 70 s.k.p) = RM 1,065,800.00

​​Caj Pemajuan 30% daripada RM 1,065,800.00 = RM 319,740.00

​​​​JUMLAH CAJ PEMAJUAN IALAH RM 3​19,740.00​​​​​

​Nota;* / ** Bukti-bukti jual beli di perolehi dari sumber-sumber; JPPH Selangor, JPPH MBSA, Pejabat Tanah/ Pejabat Pendaftaran Hakmilik.​​

Sya​​​rat

​​Maklumat-maklumat awal yang diperlukan untuk menentukan Caj Pemajuan ialah seperti berikut:-

  1. kelulusan dasar Kebenaran Merancang.

  2. salinan hakmilik tanah.

  3. pelan susunatur pembangunan.

  4. ​rancangan tempatan yang telah diwartakan.
    Contoh RT MBSA 2020 dan RT MBSA (P1) 2020

  5. Salinan cadangan projek sebagai rujukan untuk menentukan cadangan harga jualan dan kos-kos pembangunan yang terlibat.​

  6. salinan bayaran premium tanah​​​​​

  7. ​​​laporan penilaian daripada pemaju jika pernah membuat laporan untuk menentukan nilai pasaran harta tersebut.

Tempoh Bayaran

Rujuk ke​​pada kaedah - kaedah Caj Pemajuan 2010.

Hubungi​​​​

​Seksyen Penilaian
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif B,​ Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel     :     03 - 5510 5133 samb. 1262/1364
No. Faks  :     03 - 5513 8511
Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my​​