CARIAN MAKLUMAT HARTA​

Pengenalan

Perkhidmatan carian harta berkadar merupakan perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkan pihak seperti agensi kerajaan dan swasta mendapatkan maklumat untuk tujuan siasatan atau pengesahan maklumat.​

Carian maklumat adalah terhad kepada 5 pegangan/ harta yang dicari pada satu masa. Sekiranya mel​​ebihi 5 pegangan / harta, carian maklumat tersebut hendaklah diambil pada keesokam hari atau setelah dihubungi oleh kakitangan jabatan.

Prosedur Waktu Operasi

Waktu operasi yang ditetapkan untuk memproses carian maklumat adalah seperti berikut :

Hari​​​

Pagi​

​Petang

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 12.30 tgh

2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat​

8.00 pagi - 11.30 pagi

2.45 p​e​tang – 4.30 petang

Prosedur Kaedah Membuat Carian

​​Pemohon perlu menjelaskan sendiri bayaran/caj memproses carian yang ditetapkan di Kaunter Bayaran (Tkt G, Lif A) serta menunjukkan bukti pembayaran kepada petugas kaunter Jabatan Penilaian sebelum mendapatkan carian maklumat tersebut.​​​

Kadar

Carian alamat dikenakan caj sebanyak RM20.00.

Muat Turun Borang

Borang Carian Maklumat borang carian maklumat

​Hubungi

Mohd Ashar Bin Kasim
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel     :     03-5522 2892 / 03 – 5510 5133 sambungan 1444 ​
No. Faks  :     03 - 5513 8511
Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my