KEMASKINI MAKLUMAT PEGANGAN

Pengenalan

  1. Pengemaskinian maklumat pegangan terdiri daripada kategori seperti di bawah:-​​

    • Pegangan dipindah milik kerana jualan dan sebagainya. (Borang I)​​​​.

    • Pegangan dipindah milik akibat kematian. (Borang J).

    • Menukar alamat surat - menyurat.

    • Pembetulan ejaan nama.

  2. Borang I/J adalah satu bentuk pemberitahuan yang perl​u dikemukakan oleh setiap pemilik harta tanah di dalam kawasan pentadbiran sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan mengenai pertukaran nama pemilik sama ada melalui Jualan/ Belian/ Lelongan.

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

  1. Borang I/J diperuntukan dibawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

  2. "160. Notis Mengenai Pindah Milik Pegangan Berkadar."

    ​"1. Apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik maka adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindahmilik dalam tempoh tiga bulan selepas jualan atau pindah milik itu memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I dalam Jadual Pertama kepada akta ini.

    2. Apabila pemunya sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan mati, maka adalah menjadi kewajipan orang yang menjadi pemunya melalui warisan atau selainnya memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu tahun selepas kematian itu dalam Borang J dalam Jadual Pertama akta ini."

Prosedur

  1. Jualan atau Pindahmilik - Seksyen 160 (1).

    • ​Mendapatkan borang I yang ada di J​abatan Penialaian dan Pengurusan Harta atau Akta Kerajaan Tempatan 1979 (Akta 171) atau di laman sesawang Majlis.

    • ​​Perlu mengemukakan Borang I (Notis Jualan/ Pindahmilik dalam tempoh 3 bulan selepas Jualan/ Pindah Milik dilakukan.

    • ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-

      • Salinan Surat Hakmilik (Geran) atau

      • Surat Perjanjian Jual Beli yang lengkap (S&P)​

    • ​Menjelaskan Cukai Taksiran yang dikemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti.

    • Panduan mengisi Borang I.

    • ​​​Borang I​.

  2. ​​Kematian - Seksyen 160 (2).

    • ​​Mendapatkan Borang I yang ada di Jabatan Penialaian dan Pengurusan Harta atau Akta Kerajaan Tempatan 1979 (Akta 171) atau di laman sesawang Majlis.

    • Mend​apatkan Borang I yang ada di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) atau dilaman sesawang Majlis.

    • ​​Perlu mengemukakan Borang J dalam tempoh satu tahun.

    • ​​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dokumen berikut :-

      • Sijil Kematian.

      • Salinan Geran/ Surat Hakmilik.

    • Menjelaskan Cukai Taksiran yang dikemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti.​

Muat Turun​

  1. Pegangan dipindah milik kerana jualan dan sebagainya. 

  • ​Surat Pemberitahuan​ borang i
  • Borang I​ borang i
 2. Pegangan dipindah milik akibat kematian. 
  • Surat Pemberitahuan​ borang i
  • ​​Borang Jborang j
  1. ​Menukar alamat surat - menyurat.​ menukar alamat surat menyurat

  2. ​Pembetulan ejaan nama. pembetulan ejaan nama

​Hubungi

Seksyen Penialaian
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel     :     03-5522 2892 / 03 – 5510 5133 sambungan 1440/1444 ​
No. Faks  :     03 - 5513 8511
Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my