​PINDAAN NILAIAN

Pengenalan

Sebarang perubahan Cukai​ Taksiran adalah disebabkan perkara-perkara berikut:- (Seksyen 144 Akta 171).

  1. Pengeluaran sijil CCC/ CF bangunan-bangunan baru.

  2. Pindaan ubahsuaian bangunan sedia ada.

  3. Perubahan tanah kosong kepada bangunan.

  4. Pertukaran syarat kegunaan tanah/ pengeluaran hakmilik.

  5. Kawasan kampung yang mana baru menerima hakmilik tanah seperti Kg. Lombong dan Kg. Bukit Cherakah.​

Notis Pindaan Nilaian

  1. Notis Pindaan Nilaian akan dikeluarkan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada:-

    • 1 Mac

    • 1 Jun

    • 1 September

    • 1 November

  2. Nota* Sek 144(2) Akta 171 - Notis pindaan hendaklah disampaikan kepada pemilik tidak kurang daripada 30 hari dari tarikh semakan.

  3. OPS KCT (Kena Cukai Taksiran) juga akan dikenakan ke atas pemilik-pemilik harta yang membuat tambahan bangunan.

Bantahan Ke Atas Pindaan Kepada Senarai Nilaian​

  1. Bagi pemilik yang terlibat dengan pindaan kepada Senarai Nilaian ini, jika tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan yang dicadangkan boleh membuat bantahan sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 142.

  2. Alasan-alasan bantahan seperti berikut:-

    • Bahawa sesuatu pegangan yang baginnya dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;

    • Bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;

    • Bahawa seseorang atau pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;

    • Bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau

    • ​Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah diniliai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

  3. Bantahan hendaklah dkemukakan secara bertulis dan hendaklah disampaikan kepada Majlis sepuluh (10) hari sebelum semakan Senarai Nilaian.

  4. Bagi mereka yang mengemukakan bantahan, Majlis hendaklah mendengar dan memutuskan bantahan tersebut.

  5. Tarikh-tarikh bantahan yang dicadangkan pada tahun 2014 adalah seperti berikut:-

    • 21 Mac 2014.

    • 6 Mei 2014.

    • 6 Ogos 2014.

    • 6 Oktober 2014.

​Hubungi

Mohd Ashar Bin Kasim
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Lif A, Tingkat 2, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel     :     03-5522 2892 / 03 – 5510 5133 sambungan 1444 ​
No. Faks  :     03 - 5513 8511
Emel        :     penilaian@mbsa.gov.my