​​BADAN PENGURUSAN BERSAMA

Pengenalan​

  1. ​Setiap kawasan pemajuan yang dikeluarkan hakmilik strata mempunyai bahagian bangunan dan kawasan yang dimiliki dan digunakan secara bersama oleh semua penghuni. Bangunan dan kawasan ini dikenali sebagai "Harta Bersama".

  2. ​Harta Bersama ini perlu diurus dan disenggara bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap penghuni. Kos bagi tujuan tersebut perlu ditanggung secara bersama oleh setiap penghuni. Bagi memudahkan pengurusan, maka satu badan yang mewakili setiap penghuni perlu ditubuhkan.

  3. Badan ini perlu mendapatkan mandat daripada penghuni bagi tujuan melaksanakan pengurusan dan penyenggaraan Harta Bersama tersebut. Sebarang keputusan badan ini perlu dibuat secara kolektif.

Badan Pengurusan Bersama (JMB)

  1. Ertinya sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Seksyen 4, Akta 663 untuk mengurus dan menyenggara sesebuah kawasan pemajuan berstrata yang terdiri daripada pemaju dan pembeli.

  2. Badan Pengurusan Bersama (JMB) hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada pembeli.​​

Garis Panduan              

  1. ​Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat pertama

    • ​​Menjadi kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat pertama kesemua pembeli

    • Pemaju hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai mesyuarat pertama kepada semua pembeli tidak kurang daripada 14 hari sebelum mesyuarat itu.

    • Jika pemaju gagal mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh yang dinyatakan, Pesuruhjaya boleh melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat pertama badan itu dalam masa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

    • Pemaju hendaklah, sehingga penubuhan badan dan tertakluk kepada peruntukkan akta ini, bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan pengurusan harta.

    • Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi Subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 20 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya.

    • Jawatan Kuasa Badan Pengurusan Bersama terdiri daripada pemaju dan tidak kurang daripada 5 dan tidak lebih daripada 12 pembeli yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan Pengurusan Bersama dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran badan mengikut Seksyen 15 AKTA 663, mengikut mana-mana yang terdahulu.​

  2. Keanggotaan JMB adalah seperti berikut:- 

    • ​Pemaju

    • Pengerusi

    • Setiausaha

    • Bendahari

    • 9 Orang AJK​

  3. ​​​Kelayakan Untuk Menjadi AJK JMB

    • ​​​Pemilik petak

    • ​Tiada tunggakan caj penyenggaraan

    • Hadir semasa mesyuarat pertama penubuhan JMB/AGM​

  4. ​​​Tugas JMB

    • ​​Menyenggarakan harta bersama dengan sempurna dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan.

    • Menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyenggaraan harta bersama dengan sempurna.

    • Menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana yang ditentukan oleh Badan.

    • Menggunakan wang insurans yang diterima oleh badan berkenaan dengan kerosakan kepada bangunan itu bagi bangunan itu dibina semula dan dipulihkan.

    • Mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu pada harta bersama, atau yang memerintahkan kerja pembaikan atau kerja lain yang kena dilakukan berkenaan dengan harta bersama itu atau pembaikan lain kepada harta itu.

    • Menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar kesemua pembeli bangunan itu.

    • Memastikan bahawa kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diauditkan dan untuk menyediakan penyata kewangan yang teraudit untuk makluman kepada pembeli.

    • Menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna.

    • Melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna.

  5. ​​​Kuasa JMB

    • ​Mengutip daripada pembeli caj penyenggaraan dan pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak mereka masing-masing.

    • Membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.

    • Mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh badan berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah sebagaimana yang disebut di bawah perenggan (1)(e).

    • Membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka.

    • Mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan itu.

    • Membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna dan

    • Melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah akta ini.​

​​​​Mesyuarat pertama Badan Pengurusan bersama (JMB)

  1. ​​Agenda bagi mesyuarat pertama badan hendaklah termasuk perkara yang berikut:-

  2. Pemilihan pemegang jawatan Jawatankuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Subseksyen 11 (2).

  3. Mengesahkan pengambilan alih insurans yang dilaksanakan oleh pemaju oleh badan;

  4. Tertakluk kepada Subseksyen 23 (2), menentukan amaun yang hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Kumpulan Wang Penyenggaran Bangunan bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan;

  5. Penentuan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli berkenaan dengan pembayaran lewat caj; dan

  6. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan.

  7. Kuorum pada mesyuarat pertama badan hendaklah merupakan ¼ daripada pembeli yang telah membayar caj penyenggaraan berkenaan dengan petak mereka kepada Akaun Penyenggaraan Bangunan (anggota yang berhak untuk mengundi) pemaju.

  8. Jika dalam masa ½ jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat itu kuorum tidak ada anggota yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

  9. Segala ketetapan pada mesyuarat pertama badan hendaklah diputuskan dengan mengangkat tangan.

  10. Walau apa pun Subseksyen (4), pembeli bersama tidak berhak untuk mengundi kecuali dengan cara proksi yang dilantik secara bersama.

  11. Sekiranya terdapat persamaan undi, pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

  12. Jika selepas 1 jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat, tiada anggota yang berhak untuk mengundi hadir atau semua anggota yang hadir, kerana apa-apa sebab, enggan menjadi pemegang jawatan Jawatankuasa, pemaju hendaklah, dalam masa 7 hari dari tarikh mesyuarat itu memberitahu Pesuruhjaya hakikat itu dan Pesuruhjaya boleh:-

    • ​Me​netapkan suatu tarikh baru bagi mesyuarat pertama badan atau

    • Melantik seorang ejen pengurusan di bawah Subseksyen 25 (1) untuk menyenggara harta bersama bangunan.

    • Pemaju hendaklah mendaftarkan nama badan dalam masa 28 hari dari mesyuarat pertama dengan Pesuruhjaya.

​​Senarai Semak Pendaftaran JMB

  1. Surat daripada pemaju/JMB bagi penetapan nama badan disijil pendaftaran.

  2. Satu salinan lengkap perjanjian jual beli (SNP)- satu salinan lengkap pemilik petak sahaja.

  3. Salinan daftar pembeli yang lengkap.

  4. Satu salinan DMC (Deed & Mutual Covenant) – sekiranya ada.

  5. Satu salinan dokumen seperti berikut bagi setiap jawatankuasa JMB

  6. Salinan kad pengenalan.

  7. Salinan perjanjian jual beli tertera nama dan nombor unit rumah.

  8. Satu salinan minit mesyuarat pertama JMB.

  9. Satu salinan notis mesyuarat pertama JMB yang dihantar kepada pembeli.

  10. Satu salinan senarai nama dan nombor telefon jawatankuasa JMB.

  11. Satu salinan borang pengundian untuk perlantikan jawatankuasa JMB.

  12. Satu salinan borang pengundian untuk keputusan usul mesyuarat – sekiranya ada.

  13. Satu salinan kehadiran pemilik petak pada mesyuarat pertama JMB.

  14. Satu salinan surat pelantikan proksi.

  15. Lain-lain dokumen yang diterima seperti:-

  16. Salinan geran.​

​​Muat Turun​​​​​

​​​Carta Alir Pe​​ngeluaran Notis Peringatan carta alir pengeluaran notis peringatan

Hubu​​ngi

  1. ​Bahagian Pengurusan Bangunan,
    Lif A,​ Tingkat 19, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
    40000 Sha​​h Alam, Sela​​ngor.​

    No. Tel​​:​03 - 5522 2815
    ​No. F​aks​:​03 - 5512 8412
    ​Emel​:​cob@mbsa.gov.my​​
  2. ​Noraznizam Bin Alias
    ​​Jawatan​:​Ketua Bahagian​​
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1525
    ​Emel​:​ ​noraznizam@mbsa.gov.my​​

  3. ​​Zaleha Binti Mohd Ramli
    ​​Jawatan​:​Penolong Akauntan
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1532
    ​Emel​:​ ​zaleha_cob@mbsa.gov.my​​​
  4. Rifana Bin Ab Razak
    ​​Jawatan​:​Penolong Pegawai Penilaian
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1380
    ​Emel​:​ ​rifana@mbsa.gov.my​​​
  5. Intan Azuaa Binti Mohamad
    ​​Jawatan​:​Penolong Pegawai Tadbir
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1307
    ​Emel​:​ ​intanazuaa@mbsa.gov.my​​​
  6. Mohamad Mustaqim Bin Hassanuddin
    ​​Jawatan​:​Penolong Pegawai Tadbir
    ​No. Tel​:​​03 - 5510 5133
    Sambungan​:​1397
    ​Emel​:​mstaqim@mbsa.gov.my​​​​