Perkhidmatan Kutipan Pengasingan Sisa

​​​​​

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM

 

GARIS PANDUAN PENGASINGAN SAMPAH

KATEGORI PREMIS JENIS 'LANDED'

 

1.            TANGGUNGJAWAB PEMILIK / PENYEWA PREMIS

 

i.             Pemilik atau penyewa premis hendaklah mengenalpasti dan mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula

ii.            Barang yang boleh dikitar semula hendaklah dibersihkan dari sebarang sisa makanan, dikeringkan, diletakkan dan dibungkus kedalam plastik lutsinar yang akan diberikan oleh pihak Majlis

iii.           Barang kitar semula perlu dikeluarkan serta diletakkan dihadapan premis pada hari kutipan dibuat iaitu pada setiap hari AHAD


2.            KAEDAH KUTIPAN

 

a)            Kutipan dari rumah ke rumah oleh kontraktor lantikan

i.             Kerja-kerja kutipan dilbuat oleh Majlis secara rumah ke rumah melalui kontraktor kutipan kitar semula yang dilantik.

ii.            Kutipan dibuat pada setiap hari Ahad

iii.           Kontraktor akan merekod maklumat kutipan sampah kitar semula dan menghantar maklumat ini secara bulanan kepada pihak Majlis

iv.           Majlis akan merekod serta menyimpan maklumat dan data kutipan sampah kitar semula yang dilaporkan oleh kontraktor kutipan dikawasan Majlis dan akan melaporkan di dalam mesyuarat.

 

b)           Menghantar ke Pusat Kitar Semula Kejiranan

i.             Pusat kitar semula kejiranan adalah sebuah kemudahan yang ditempatkan di beberapa kawasan di Shah Alam yang disediakan untuk menerima  sampah kitar semula daripada penduduk.

ii.            Pemilik atau penyewa premis perlu mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan menghantar sampah tersebut ke pusat kitar semula kejiranan terdekat

  • PKS Seksyen U13, Central Park Setia Alam
  • PKS Seksyen U5, Jalan U5/169, Bandar Pinggiran Subang
  • PKS Seksyen 2, Persiaran Dato' Menteri
  • PKS Seksyen 6, Jalan Kasawari 6/8
  • PKS Seksyen 11, Jalan Tarian 11/2
  • PKS Seksyen 25, Jalan Yakin 25/11
  • PKS Seksyen U1, Jalan Juruterbang U1/38 
  • PKS Seksyen U2, Jalan Opera A U2/A Taman TTDI Jaya
  • PKS Seksyen U20, PKS Jalan BRP 1/5

iii.           Operator dilantik hanya akan memungut sampah kitar semula secara terus dari pusat kitar semula sahaja

iv.           Rekod dan maklumat pengurusan sampah kitar semula akan disimpan oleh operator pusat kitar semula dan dilaporkan secara bulanan kepada pihak Majlis​​

​Hubungi

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,
Lif A, Tingkat 4, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor

No. Tel     :     03 - 5522 2790
No. Faks  :     03 - 5512 7014
Emel        :    sisapepejal@mbsa.gov.my​​​


 Image Viewer ‭[2]‬

​​

 Image Viewer ‭[1]‬

​​​