Perkhidmatan kutipan sampah kebun / pukal berbayar

Perkhidmatan kutipan sampah kebun / pukal berbayar melalui sewaan Tong Roll-On Roll Off (RORO) merupakan satu kemudahan perkhidmatan berbayar, bagi pembuangan sampah kebun / pukal yang melebihi had buangan (3 beg plastik hitam) bagi sesebuah rumah, khas untuk penduduk Shah Alam. Perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan keprihatinan penduduk Shah Alam tentang pengurusan sampah kebun / pukal dengan cara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

roro.jpg
Tong Roro​

​Jenis Sampah Yang Dibenarkan

  • Sampah kebun / cantasan pokok
  • Sampah pukal / perabot

Jenis Premis Yang Dibenarkan

  • Premis kediaman
  • Premis komersil
  • Pangsapuri kos sederhana / kondo

Kadar Bayaran


Jenis Permohona​n
Kadar Harga 1 Trip RORO Mengikut Jenis Premis
KediamanKomersial
Pangsapuri KOs Sederhana / Kondominium​
Melalui permohonan di kaunter​​R​M 232.20
Tidak Desediakan
Tidak Desediakan
​RM 106.00
RM 159.00​RM 265.00​
Melalui pemantauan rutin oleh penyelia kawasan (permohonan dibuat selepas menerima notis amaran daripada pihak Majlis)
​​RM 159.00

​​RM 212.00

RM 318.00​
 
Hubungi :

Jabatan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Telefon : 03-5510 5133 sambungan 1645​
Emel : sisapepejal@mbsa.gov.my