Perkhidmatan Sewaan Tong Roro Sisa Binaan

​Pengenalan

​Tong Roll-On Roll Off (RORO) sisa binaan adalah sejenis tong yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam unutk tujuan pengumpulan semua sisa bahan binaan untuk atau bangunan sebelum ia dihantar untuk dilupuskan di Pusat Pembuangan Sampah.
roro.jpg
Gambar Tong Roro

​Kadar Bayaran

SAIZ / KAPASITI
BERAT MUATAN
HARGA
​Tong Kecil
​3 Tan
RM 233.20 / Sekali Tarik
(Termasuk Caj Pelupusan Dan GST)

​Dokumen Permohonan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Penyata Akaun Pemohon atau Salinan Nombor Akaun Buku Simpanan Bank
  • Resit Pembayaran ASAL
  • Akuan Sumpah (Jika gagal melampirkan resit ASAL)

Carta Alir Permohonan

carta alir

Syarat-syarat Perletakan Tong Roro

  • Tong RORO tidak boleh diletakkan bertentangan dengan premis meskipun di hadapan lot merupakan tapak rizab kemudahan awam seperti padang rekreasi, sekolah, tangki air, pencawang eletrik, pili air dan sebagainya.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan pelan tapak yang menunjukkan lokasi penempatan tong RORO.
  • Perletakan tong RORO tidak boleh menyebabkan kacau ganggu kepada jiran bersebelahan dan tidak menghalang lalu lintas.
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa tong berkenaan diletakkan di kawasan yang sesuai dengan tidak menjejaskan tanaman landskap yang ditanam dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.

Kebaikan Menguruskan Sisa Binaan Dengan Baik

  • Tidak mengganggu laluan awam
  • Keseragaman penggunaan tong RORO
  • Mengelakkan pembuangan sampah haram
  • Pengurusan sampah sisa binaan yang sistematik
  • Mewujudkan persekitaran yang bersih dan kemas