PERMIT MELETAK BAHAN BINAAN

Pengenalan 

Permohonan ini adalah khusus untuk kerja-kerja ubahsuai yang ringan seperti penukaran jubin lantai, pengubahsuaian rekabentuk pagar dan pelebaran pintu masuk utama,  pembaikan bumbung dan lain-lain.

Cara Memohon  

  1. Pemohon hendaklah mengisi maklumat didalam Borang Permit Meletak Bahan Binaan seperti berikut:
    • Tajuk Cadangan
    • Tarikh Permohonan
    • Nama Pemilik dan Tandata​​ngan ( seperti dalam S&P ) 
    • Nama dan Butiran Pemborong/Kontraktor 
    • Tandatangan Pemborong/Kontraktor   
  2. Pemohon hendaklah mengepilkan dokumen-dokumen sokongan seperti surat Permohonan Permit Meletak Bahan Binaan​.
  3. Kemuka​​kan permohonan tersebut ke Kaunter 1, Jabata.n Bangunan.

Garis Panduan

Borang Permit Meletak Bahan Binaan boleh dimuat turun untuk dicetak dan diisikan dengan lengkap bagi dikemukakan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan yang lain.

Syarat 

Borang ​​yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen-dokumen beri​kut:

  1. Boran​​g Permohonan Permit Meletak Bahan Binaan.
  2. Surat Lanjut Tempoh Permit Meletak Bahan Binaan. 

Tempoh Bayaran

Resit-resit jelas perlu diserahkan ke kaunter jabatan bangunan pada hari yang sama sebagai bukti pembayaran. tanpa resit jelas tersebut permohonanan tidak akan diproses.

Kadar

Perkara Bayaran ​ ​
Proses Permit Wang Cagaran​
Permit Meletak Bahan Binaan​ ​​RM 324.00 ​​RM 200.00

Muat Turun 

  1. Boran​​g Permohonan Permit Meletak Bahan Binaan. Muat Turun
  2. Surat Lanjut Tempoh Permit Meletak Bahan Binaan. Muat Turun

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​    

Kaedah Bayaran  

​​Lokasi ​Kaedah

Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek

    Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​

    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​
      

Hubungi

Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
    
 
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1213 /1495 
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel:bangunan@mbsa.gov.my