PERMIT HIBURAN

Pengenalan

Permohonan Permit Hiburan ini meliputi permohonan ekspo/pameran dan permohonan pertunjukan pentas dan tayangan wayang gambar bergerak.

Cara Memohon

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan

  3. Borang Permohonan Permit Promosi​ yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Garis Panduan

  1. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Polis dan mengemukakan kelulusan tersebut bersama-sama borang permohonan.

  2. Mengemukakan surat kebenaran/ tawaran penyewaan daripada tuan tanah/ tempat hiburan/ bangunan.​

  3. Mendapatkan dan mengemukakan surat kelulusan daripada Jawatankuasa PUSPAL Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (bagi persembahan artis luar Negara).

  4. Mengemukakan salinan Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

  5. Mengemukakan salinan aturcara atau program yang dijalankan.

  6. Mengemukakan salinan senarai artis atau peserta yang mengambil bahagian.

  7. Mengemukakan salinan sinopsis (lagu/drama/teater) dalam bentuk Cakera padat atau skrip.

  8. Salinan jenis-jenis permainan (jika terdapat mesin-mesin permainan).

  9. Perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP) bagi mesin-mesin di tapak hiburan (contoh : bagi aktiviti pesta ria).​

Syarat

  1. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar dan perlu mengadakan tong sampah serta kemudahan pengurusan sampah yang mencukupi.

  2. Pemegang lesen hendaklah memastikan hiburan yang diadakan tidak menyebabkan kesesakan atau bahaya pada lalulintas.

  3. Permainan berunsur perjudian tidak dibenarkan.

  4. Tidak dibenarkan menjual, menghidang dan minum minuman keras di dalam premis hiburan tersebut.

  5. Tidak dibenarkan membawa dan menjalankan apa – apa aktiviti yang melibatkan penyalahgunaan dadah.

  6. Tiada hiburan yang lucah atau ganas boleh dibenarkan di tempat hiburan.​

  7. Pihak tuan bertanggungjawab terhadap semua kemalangan yang berlaku di tapak hiburan / pesta.

  8. Permohonan tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 dan peruntukan Undang – Undang yang berkaitan.

  9. Pegawai Pelesenan berhak membatalkan kelulusan pada bila – bila masa.

  10. Hiburan hanya boleh dijalankan dalam tempoh masa dan tempat yang dinyatakan oleh pemohon di dalam borang lesen hiburan dan waktu aktiviti tidak melebihi jam 1.00 malam.

Tempoh Bayaran

Bayaran permit hiburan perlu dibuat sebelum aktiviti dijalankan setelah mendapat surat kelulusan.​

Kadar

  1. Bayaran bagi lesen tempat hiburan

  2. Bayaran bagi lesen aktiviti hiburan


Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​GST
Jumlah Selepas
GST​
​Jenis​​%
Bayaran Proses Permohonan​RM 100.​00​SR​6​RM 106.00
​Penjualan Patil​​RM 7.00SR​​6​RM 7.42
Nota : SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​​

Muat Turun

Carta Alir​​​ Permohonan Permit Hiburancarta hiburan

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

  1. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1995)​​

  2. Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor (1996)

  3. Peraturan-Peraturan Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan Penyeliaan) (Selangor) 1996.​​​

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  1. ​​​Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​
      

Hubungi

Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my