PERMIT IKLAN DAN BUNTING     

Pengenalan

Iklan bermaksud apa-apa pemberitahuan, pengumuman atau penerbitan yang dipamerkan, ditunjukkan atau didirikan bagi maksud memberitahu orang ramai mengenai apa-apa barang, keluaran, pengeluaran, tred, perniagaan, profesion, firma, perbadanan, organisasi, institusi, tempat, premis, peristiwa, aktiviti atau apa-apa perkara atau maklumat lain di atas apa-apa papan dendeng, kekotak elektronik, papan, bumbung, dinding, pagar berpancang, pagar, pokok, rangka, plat, kain, rintangan, tiang, tonggak, dawai, salutan atau mana-mana bahagiannya, di atas atau di dalam mana-mana bangunan, jalan atau tempat peranginan awam, tempat tumpuan awam, di atas mana-mana tanah, termasuklah tanda langit, belon, 'bunting', sepanduk, poster, tanda arahan dan papan tanda tetapi tidak termasuk suatu iklan pilihan raya. 

Cara Memohon 

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan. 

  3. Borang Permohonan Permit Promosi​ yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G. 

  4. Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bagi memastikan bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat dan betul. Walaubagaimanapun, pihak Majlis berhak menolak permohonan walaupun ia telah mendapat pengesahan bahasa dari DBP sekiranya didapati visual iklan tersebut tidak sesuai dan melanggar peraturan serta syarat Majlis.

Garis Panduan  

  1. Pemohon hendaklah mematuhi garis panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pemasangan iklan sementara sepanduk dan 'bunting'. Pemohon tidak dibenarkan untuk memasang iklan sebelum kelulusan diberikan. Tindakan boleh diambl sekiranya pemohon gagal mematuhi arahan dan syarat-syarat yang ditetap​kan oleh pihak Majlis. 

  2. Contoh Lakaran Sepanduk . Rujuk rajah A

  3. Contoh Lakaran 'Bunting'. Rujuk rajah B

  4. Lakaran Pemasangan 'Bunting' Tiang Lampu. Rujuk rajah C   

Syarat 

  1. 'BUNTING'  

    • Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua 'bunting' tiang lampu sama ada ia sahaja atau bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain. 

    • Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan apa-apa bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia ini hendaklah berukuran lebih besar dan diletakkan di bahagian atas serta ditunjukkan dengan jelas dari segi keutamaan visual dan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah dengan nahu yang betul; (Pemohon perlu mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka). Sila hubungi DBP di talian 03-24181960 untuk maklumat lanjut. 

    • Saiz iklan 'bunting' yang dibenarkan adalah 2'X6' (0.61mX1.83m). 

    • Lampiran salinan surat kelulusan daripada J.K.R untuk permohonan di setiap jalan-jalan J.K.R. 

    • Iklan berunsur lucah, judi dan perkauman tidak dibenar dipamerkan/ diiklankan sama sekali. 

    • Iklan tidak dibenarkan di pasang di tiang lampu'decoration' (yang berwarna hijau dan hitam 'gold'). 

    • Pemasangan dibenarkan pada selang 1 tiang lampu. 

    • Tidak dibenarkan pasang pada tiga (3) tiang sebelum persimpangan jalan yang terdapat lampu isyarat dan bulatan (3 tiang lampu sebelumnya). 

    • Tempoh pemasangan adalah selama 1 bulan sahaja. 

    • Selepas tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah membuka 'bunting' tiang lampu tersebut. 

    • Penampalan stiker/ pelekat kelulusan di setiap 'bunting' tiang lampu yang telah diluluskan adalah wajib. Stiker/ pelekat hanya akan diberi kepda pemohon selepas bayaran dibuat. 

    • Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang insiden atau kemalangan yang berlaku melibatkan 'bunting' berkenaan. 

    • Kegagalan pihak tuan mematuhi syarat-syarat di atas, pihak Majlis akan menamatkan permit tanpa apa-apa notis dan wang cagaran tidak akan dikembalikan. 

    • Wang cagaran yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan tidak akan dikembalikan. 

    • Segala syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis.​ 

  2.    LOKASI PEMASANGAN BUNTING YANG TIDAK DIBENARKAN 

      • Tidak dibenarkan dipasang di sepanjang persiaran jalan protokol iaitu: 

        • Persiaran Kayangan 

        • Persiaran Masjid 

        • Persiaran Sultan

        • Persiaran Hishamuddin

        • Persiaran Perbandaran 

        •  Persiaran Damai 

        • Persiaran Bandaraya​

        • Pusat Bandar (Seksyen 1 – seksyen 14).

        • Jalan-Jalan JKR mengikut Daerah (perlu mendapatkan kelulusan JKR terlebih dahulu):- 

      • Rujuk Daerah Petaling – Persiaran Kerjaya, Jalan Batu Tiga-Sg. Buloh, Jalan Subang Lama, Jalan Subang, Jalan Lapangan Terbang Subang, Persiaran Kuala Selangor, Persiaran Jubli Perak (Dari Bulatan JVC ke Central Sugar) dan Jalan Kg. Baru Sungai Buloh, Persiaran Sukan.

      • Rujuk Daerah Klang – Jalan Bukit Kemuning dan Jalan Padang Jawa.     

     

  3. SEPANDUK 

    • Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua sepanduk sama ada ia sahaja atau bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain. 

    • Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan apa-apa bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkataan-perkataan dalam Bahasa Malaysia ini hendaklah berukuran lebih besar dan diletakkan di bahagian atas serta ditunjukkan dengan jelas dari segi keutamaan visual dan penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah dengan nahu yang betul. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sila hubungi DBP di talian 03-24181960 untuk maklumat lanjut. 

    • Saiz iklan sepanduk yang dibenarkan adalah mengikut keluasan lokasi. 

    • Saiz 'standard' ukuran bagi sepanduk adalah 20'X4' bersamaan 8 meter persegi. Sekiranya ukuran sepanduk melebihi ukuran tersebut, caj tambhaan akan dikenakan. 

    • Iklan berunsur lucah, judi dan perkauman tidak dibenar dipamerkan/ diiklankan sama sekali. 

    • Tempoh pemasangan adalah selama 1 bulan sahaja. 

    • Selepas tamat tempoh kelulusan, pemohon hendaklah membuka sepanduk tersebut. 

    • Penampalan stiker/ pelekat kelulusan di setiap sepanduk yang telah diluluskan adalah wajib. Stiker/ pelekat hanya akan diberi kepda pemohon selepas bayaran dibuat. 

    • Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang insiden atau kemalangan yang berlaku melibatkan sepanduk berkenaan.

    • Kegagalan pihak tuan mematuhi syarat-syarat di atas, pihak Majlis akan menamatkan permit tanpa apa-apa notis dan wang cagaran tidak akan dikembalikan. 

    • Wang cagaran yang tidak dituntut dalam tempoh 3 bulan tidak akan dikembalikan. 

    • Segala syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis.​ 

  4. LOKASI PEMASANGAN SEPANDUK YANG DIBENARKAN

    • Kebenaran memasang sepanduk adalah di premis sendiri sahaja. 

    • Pemasangan di premis-premis lain dibenarkan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari pemilik bangunan.

    • Pemasangan sepanduk juga boleh digantung di tempat berikut:-

      • Tempat penggantungan Sek​​syen 2

      • Tempat penggantungan Seksyen 7

      • Tempat penggantungan Seksyen 13

      • Tempat penggantungan Seksyen 18

      • Tempat penggantungan Seksyen 19​ 

Tempoh Bayaran

Bayaran permit dan cagaran iklan atau bunting perlu dibuat setelah mendapat surat kelulusan.​

Kadar 

​Jeni​s Iklan
​Permit
(RM)
Sewa Tiang
(RM)
​Stiker / Unit
(RM)
​​Cagaran​
(RM)
​Jumlah / Unit
(RM)
Bunting10.00​5.005.00​​​20.00​40.00
​'Sepanduk/ Belon​10.​00​-​5.00​5.00​​2​​0.00
 

Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​GST
Jumlah Selepas
GST​
​Jenis​​%
Penjualan Pelekat LesenRM 5.​00​SR​6​RM 5.30​​​
Nota : SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​​

Muat Turun

  1. Rujuk rajah A sepanduk 

  2. Rujuk rajah B bunting 

  3. Rujuk rajah C tiang iklan  

  4. Carta Alir​​​ Permohonan Permit Iklan atau Bunting carta bunting  

  5. Borang Permohonan Permit Iklan atau Buntingborang bunting 

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)

Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi​Kaedah
  1. Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA
  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  3.  
                   
  1. ​​​Tunai 
  2. Kad Kredit 
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​  
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses 
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi


Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​

Emel: lesen@mbsa.gov.my