PERMIT KAD PENGENDALIAN MAKANAN  

Pengenalan 

Kad pengendali makanan ialah satu dokumen pengenalan diri bagi yang terlibat dalam pengusahaan memproses makanan. Setiap pengendali makanan perlu memiliki kad ini. Untuk memiliki kad ini, pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, suntikan TY2 serta menyertakan salinan kad pengenalan atau permit kerja serta 2 keping gambar ukuran kad pengenalan.

Cara Memohon  

  1. Borang boleh didapati di Jabatan Kesihatan Persekitaran di Tingkat 17 dan muat turun dari laman web MBSA
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama  dokumen yang diperlukan. ​

Garis Panduan  

  1. Pemohon dan pembantu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan & suntikan pelali​an TY2  dimana-mana klinik kerajaan atau swasta dengan menggunakan borang yang dikeluarkan melalui borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA sahaja.​ 
  2. Sijil Kursus Pengendali Makanan (1 Salinan). 
      • Pemohon dan pembantu perlu menghadiri kursus pengendali makanan yang dianjurkan oleh Panel yang telah dilantik oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA atau sekolah latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
      • Senarai panel yang telah dilantik adalah seperti di Lampiran A. Bayaran bagi Sijil Kursus Pengendali Makanan sebanyak RM 50.00. 
        • Setiap Hari Jumaat.
        • Dari Pukul 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari​.  
  3. 2 Keping Gambar Ukuran Kad Pengenalan.                 
  4. Kad Pengenalan (1 Salinan – Warganegara)
  5. Pasport Dan Permit Kerja (1 Salinan – Bukan Warganegara).
  6. Tarikh tamat tempoh permit tidak kurang daripada 6 bulan pada tarikh permohonan KPM. Permohonan KPM hanya kepada pemilik permit kerja hanya terhad kepada sektor  restoran dan penyediaan makanan sahaja.
  7. Resit Bayaran Kad Pengendali Makanan. 
  8. Tempoh Sah Laku Kad Pengendalian Makanan - Mengikut tarikh luput suntikan TY2 atau tarikh tamat permit kerja.

Tempoh Bayaran

Bayaran permit hiburan perlu dibuat serta merta semasa permohonan.​

Kadar

Bayaran bagi setiap permohonan adalah RM 10.00

Muat Turun  

  1. Senarai Panel. Lampiran A borang periksa

  2. Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan TY2borang periksa 

  3. Borang Permohonan Permit Kad Pengendalian Makanancarta hiburan

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah
​​Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA​
 
  1. ​​​Tunai 
  2. Kad Kredit
  3. Cek​ 
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
      • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
      • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi

Jabatan Kesihatan Persekitaran,
Lif A, Tingkat 17, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
 
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1516
Faks: 03-5512 2135
Emel:pbandar@mbsa.gov.my