PERMIT KERUSI, MEJA DAN SKRIN LAYAR

Pengenalan

Permohonan permit meletak meja, kerusi dan skrin layar di Luar Premis Perniagaan adalah untuk membenarkan premis-premis di lot tepi dan tengah untuk meletakkan kerusi dan meja di kaki lima.​            

Cara Memohon  

  1. Borang boleh didapati di Kaunter Utama tingkat G, Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13, Pejabat Cawangan Sungai Buloh,Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

  2. ​Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama satu (1) salinan bagi setiap dokumen yang diperlukan

  3. Borang Permohonan Permit Promosi​ yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan di Kaunter Jabatan Pelesenan di tingkat 13 atau di Kaunter Utama tingkat G.

Garis Panduan 

  1. Sertakan satu (1) salinan bagi setiap dokumen berikut:

    • Salinan Kad Pengenalan.

    • Salinan Lesen Perniagaan MBSA.

    • Pelan lakaran susunatur meja diruang lokasi premis yang dimohon (berserta gambar lokasi meja dan kerusi tersebut) Pelan lakaran hendaklah menggunakan komputer.

    • Mengemukakan satu salinan Insuran Tanggungan Awam "Public Liability Insurance" berjumlah RM100,000 kepada pihak Majlis. ​

  2. (Permit Skrin Layar Di Premis Perniagaan):

    a.   Pelan Lokasi tempat Skrin Layar​​

    b.   Saiz Skrin Layar  :-

     4' x 4'

     ​8' x 4'​​

  3. (Had maksima ukuran saiz skrin layar hanya 8' x 4' sahaja dibenarkan)

Syarat

  1. Waktu yang dibenarkan hanya selepas pukul 6.00 petang hingga pukul 12.00 malam sahaja.​

  2. Jika terdapat aduan yang berasas, Majlis boleh membatalkan permit dengan serta merta.

  3. Tempoh permit yang dibenarkan adalah untuk (6) bulan bagi setiap permohonan dan perlu diperbaharui setelah tempoh tamat.

  4. Tiada struktur kekal yang dibenarkan di kawasan berkenaan.​​

  5. Para peniaga harus memastikan kebersihan di kawasan tempat letak meja kerusi semasa berniaga dan selepas tamat waktu berniaga.

  6. Meja dan kerusi yang digunakan pada sebelah malam hendaklah dialih dan disimpan secara tersusun ​dan kemas di dalam premis dan tidak menggangu laluan di tempat awam.

  7. Pemeriksaan mengejut akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan segala arahan dan peraturan dipatuhi.

  8. Mematuhi had bilangan meja yang telah diluluskan.

  9. Pemohon hendaklah bertanggunggjawab sepenuhnya terhadap pelanggan mereka dengan mengambil insuran tanggungan awam 'Public Liability Insurance' berjumlah RM100,000 dan mengemukakan salinan bersama-sama borang permohonan.

  10. Mewajibkan pelan lakar kawasan premis dan kelulusan ruang yang di mohon termasuk ukuran tempat kaki lima yang di gunakan.

  11. Pengusaha premis hendaklah menyediakan penghadang (kangaroo bar) di kawasan lot tempat letak kereta yang dibenarkan bagi keselamatan pengunjung/pelanggan.

  12. Mewajibkan penggunaan pelekat stiker yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap meja yang diletakkan di luar premis.

  13. Para pengendali makanan perlu menghadiri kursus Asas Pengendalian Makanan dan telah mendapat suntikan (jika ada pekerja tambahan pada sebelah malam).

  14. Bayaran hendaklah dibuat mengikut tempoh permit yang dibenarkan iaitu setiap enam (6) bulan setiap permohonan.

  15. Pengusaha akan tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Pelesenan dan mematuhi syarat-syarat Majlis dari masa ke semasa.​​​

Tempoh Bayaran

Bayaran permit kerusi, meja dan skrin layar perlu dibuat sebelum aktiviti dijalankan setelah mendapat surat kelulusan.

Kadar

  1. Deposit sebanyak RM100 untuk Majlis Bandaraya/Perbandaran dan RM50 bagi Majlis​​ Daerah akan dikenakan.

  2. Bayaran sebanyak RM30 sebulan bagi setiap meja.

  3. Menggenakan bayaran sebanyak RM30 sebula​n bagi setiap unit penggunaan skrin layar.


Butiran Barangan dan PerkhidmatanJumlah​GST
Jumlah Selepas
GST​
​Jenis​​%
Penjualan Pelekat LesenRM 5.​00​SR​6​RM 5.30​​​
Nota : SR - Standard rated supplies with GST Charged (Kod Cukai)​​​

Muat Turun

  1. Carta Alir​​​ Permohonan Permit Kerusi, Meja dan Skrin Layarcarta kerusi

  2. Borang Permohonan Permit Kerusi, Meja dan Skrin Layar muat turun

Akta/ Enakmen/ Undang-Undang Kecil (UUK)
Garis Panduan Permohonan  Lesen/Pekeliling/Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, ​Perindustrian dan Perniagaan (MBSA) 2007.​​ 

Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
  1. ​​Kaunter Utama
    Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  2. Kaunter Jabatan Pelesenan
    Lif A, Aras 13 , Wisma MBSA
  1. ​​​Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Cek
  4. Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​

Hubungi


Unit Komposit,
Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan,
Lif A, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1384/1246/1403/1485
Faks: 03-551​2 0226​​​​
Emel: lesen@mbsa.gov.my