​​​PERMIT TUTUP / KOREK & GUNAJALAN​​​​

Pengenalan​

​​​​​Pihak majlis menyediakan beberapa perkhidmatan sokongan kepada proses pembangunan.​​

Cara Memohon​​

​​​​Borang boleh didapati di Kaunter Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 10, Lif A​​  

Garis Panduan​​

  1. Borang permohonan yang l​engkap diisi​​.
  2. Surat permohonan permit korekan / penarikan kabel.
  3. Gambar tapak kerja​.
  4. Jadual Perancangan kerja​.
  5. Pelan lokasi dan pelan tapak.
  6. Pelan 'utilites detection and mapping.
  7. Pelan pengurusan trafik​​.
  8. Pelan-pelan perincian​​

Syarat

  1. Kelulusan permit ini hanya sah bagi tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat ke​​lulusan .  Sebarang urusan lanjut tempoh masa hendaklah dibuat seminggu sebelum tamat tempoh kelulusan. Lanjutan tempoh dan bayaran permit akan dikira bermula daripada tarikh tamat tempoh kelulusan permit sebelum ini.

  2. ​​Lokasi kerja-kerja yang akan dilaksanakan hendaklah mematuhi pelan-pelan yang dikemukakan dalam dokumen permohonan. Sebarang perubahan lokasi atau laluan hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis.

  3. Waktu bekerja yang dibenarkan adalah seperti berikut:

    • Kawasan perumahan    :    9 pagi hingga 6 petang. (Isnin hingga Sabtu)

    • Jalan-jalan utama         :   9 malam hingga 6 pagi. (Isnin hingga Ahad)​

  4. Papan tanda projek, papan tanda kawalan lalulintas yang piawai dan lampu keselamatan bagi memberitahu pengguna-pengguna jalanraya tentang kerja-kerja yang sedang dilaksanak​an hendaklah disediakan.​

  5. Kebersihan jalan dan longkang serta kelancaran trafik hendaklah sentiasa dijaga.​

  6. Kerja-kerja korekan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat dengan jarak tidak melebihi 60m bagi setiap peringkat.​

  7. Tidak dibenarkan memasang paip merentangi parit sedia ada.​

  8. Sebarang kemalangan yang berpunca daripada kerja-kerja tersebut di atas adalah menjadi tanggungjawab pihak pemohon sepenuhnya.

  9. Pihak pemohon dikehendaki membaiki semula kerosakan di bebahu jalan dengan meratakan semula tanah dari jenis Top Soil dan menanam rumput secara rapat-rapat termasuk membaiki semula parit erong dari jenis glaze ware sekiranya berkaitan.

  10. ​Sebarang kerosakan keatas harta benda Majlis hendaklah dibaiki semula. Kegagalan pihak pemohon membaikinya atau pihak Majlis tidak berpuashati dengan mutu kerja-kerja pembaikan yang telah dibuat akan menghalang pihak Majlis mengeluarkan surat pengesahan siap kerja.

  11. ​Bagi kerja-kerja pengorekan kecil, kerja pembaikan hendaklah menggunakan kaedah memotong permukaan jalan, membuang dan menurap semula dengan ketebalan 50mm AC14 beserta garisan jalan. 

  12. ​Lapisan-lapisan struktur jalan bagi kerja-kerja pembaikan jalan hendaklah terdiri daripada:

  13.                         i.    50mm tebal pasir.

                            ii.    300mm tebal batu hancur (cruser run).

                            iii.    65mm tebal palisan pengikat (binder course) AC20.

                            iv.    50mm tebal lapisan haus (wearing course) AC14.

  14. ​Kerja-kerja pembaikan kekal secara 'milling and paving' mengikut lebar jalan sediada hendaklah dilaksanakan selepas tamat tempoh dua (2) bulan dengan menggunakan ketebalan 50mm AC14 beserta garisan jalan.

  15. Ujian ketebalan premix (coring test) hendaklah dilaksanakan bersama kakitangan MBSA setelah kerja-kerja pembaikan secara kekal dilaksanakan di tapak. Laporan siap kerja hendaklah dilampirkan dengan borang ujian ketebalan premix (coring test).

  16. ​Sekiranya pihak pemohon gagal menyiapkan kerja-kerja dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan, pihak Majlis akan melantik pihak ketiga bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih tersebut dan segala kos yang terlibat akan ditolak dari wang cagaran yang dikemukakan pihak tuan ke Majlis sebelum ini dan pihak pemohon juga dikehendaki membayar segala kos tambahan jika sekiranya kos kerja-kerja yang dijalankan melebihi dari jumlah nilai wang cagaran tersebut.

  17. Lawatan tapak bersama pihak Majlis hendaklah diadakan selepas kerja-kerja 'milling and paving' disiapkan bagi membolehkan surat pengesahan siap kerja dikeluarkan.

  18. ​Tuntutan pengembalian wang cagaran hanya boleh dibuat selepas tamat tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat pengesahan siap kerja.​​​

Akta / Enakmen Undang-Undang Kecil (UUK)

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 131). ​​
  2. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)​​​.
  3. Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan)(MBSA) Jalan, Parit & Bangunan 2005​.
  4. Undang-undang Kecil Kerja Di Jalan 1996​​.
  5. Arahan Teknik (Jalan) JKR​.

Kadar​

​Kadar Bayaran Permit dan Cagaran  

  1. ​​​Bayaran Permit Tutup / Korek / Gunajalan:​​ 

    BIL

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    1.

    RM 1.00 x panjang utility (m)​ 

    Bagi setiap utiliti yang dilaksanakan.

    2.

    ​RM 0.10 x panjang utility (m2)

    ​Bagi setiap penarikan kabel yang dilaksanakan tanpa pengorekan.

  2. Bayaran Cagaran Tutup / Korek / Gunajalan:​​ ​

    BIL

    BUTIRAN CAGARAN

    1.

    RM 30.00 x panjang x lebar jalan (m2)​​

    Bagi kerja-kerja pengorekan dibawah permukaan jalan.​

    2.

    RM 2,000.00

    Bagi kerja-kerja pengorekan tidak melebihi 20 meter

    3.

    RM 40.00 x panjang jalan (m)

    Bagi kerja-kerja pengorekan di bebahu jalan.

    4.

    RM 1,000.00

    Bagi setiap lurang yang ditanam.

    5.

    RM 2,000.00

    Bagi kerja-kerja penarikan kabel yang tidak melebihi 1km. Dilaksanakan tanpa kerja pengorekan dan tambahan RM 1000.00 bagi setiap k/m kedua dan seterusnya​

  3. ​​​Bayaran Permit Pengorekan 'Horizontal Directional Drilling' / Pipe Jacking:​​​​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM ​100.00 

    Bagi setiap satu lubang pit.​​​

  4.  

  5. ​​​Bayaran Cagaran Pengorekan Horizontal Directional Drilling/ Pipe Jacking:​​​ ​

    BUTIRAN CAGARAN
    RM 5,000.00 Bagi setiap lubang pit yang dilaksanakan.
          
  6. Bayaran Permit Meletak Bahan-Binaan:

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM 100.00 ​

    Bagi kerja pemasangan setiap 1km.​

  7. Bayaran Permit Meletak Bahan-Binaan:​​

    BUTIRAN CAGARAN

    RM 5,000.00

    Bagi setiaRM 3,000.00 Bagi kerja-kerja pengorekan yang tidak melebihi 1000 meter dan tambahan RM 2,000.00 bagi setiap k/m kedua dan seterusnya.​​​

  8. Bayaran Permit Meletak Bahan Korekan:​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM 300.00 ​

    Bagi setiap projek.​

  9. Bayaran Permit Meletak Bahan Korekan:​​​

    BUTIRAN CAGARAN

    RM 3,000.00

    Bagi setiap projek yang dilaksanakan.​

  10. Bayaran Permit Jalan:​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM 300.00 

    RM1 bagi setiap 10m2 luas simpanan jalan dan sebagainya

  11. Bayaran Cagaran Jalan:​

    BUTIRAN CAGARAN

    Minimum RM 5,000.00

    Bagi setiap projek yang dilaksanakaMinima RM5000 RM5 bagi setiap 1m2 luas simpanan jalan dan sebahagian darinya​.

  12. Bayaran Permit Jambatan:​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM 300.00 

    RM 25 bagi setiap 9m2 luas jambatan atau sebahagian darinya​

  13. Bayaran Cagaran Jambatan:

    BUTIRAN CAGARAN

    Minimum RM 5,000.00

    RM5 bagi setiap 1m2 luas jambatan atau sebahagian darinya 

  14. ​​Bayaran Permit Tembok Penahan​:​​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum RM 300.00 

    RM3 bagi setiap 9m2 luas tembok penahan atau sebahagian darinya​​

  15. ​Bayaran Cagaran Tembok Penahan:​​​​​

    BUTIRAN CAGARAN

    Minimum R​​M 5,000.00

    RM5 bagi setiap 1m2 luas tembok penahan atau sebahagian darinya ​

  16. ​​Bayaran Permit Parit dan Kolam Takungan​​:​

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    Minimum​ RM 300.00 

    RM1 bagi setiap 10m2 luas simpanan parit, kolam takungan dan sebagainya​

       

  17. Bayaran Cagaran Parit dan Kolam Takungan:​

    BUTIRAN CAGARAN

    Minimum RM 5,000.00

    RM5 bagi setiap 1m2 luas tembok penahan atau sebahagian darinya 

  18. Bayaran Permit Parit dan Kolam Takungan​: 

    BUTIRAN PERMIT​​ ​

    RM60 bagi s​etiap pindaan kepada pelan yang telah diluluskan.

  19. ​Pengecualian cagaran ke atas pembangunan – pembangunan berikut:
    •  Masjid dan Surau
    • Rumah – rumah ibadat bukan islam
    • Sekolah Kerajaan
    • Dewan Awam​​

Muat Turun

  1. ​Carta Alir Permohonan Permit Tutup / Korek & Gunajalan Muat Turun
  2. ​Borang Permohonan Permit Tutup / Korek & Gunajalan​ Muat Turun

​Kaedah Bayaran

​​Lokasi ​Kaedah
​​Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek
    Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​​

Hubungi

Jabatan Kejuruteraan,
Lif A, Tingkat 10, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.  

Telefon: 03-5510 5133 Samb. 338
Faks: 03-5513 9469
Emel: bangunan@mbsa.gov.my