PERMIT SETARA DINDING SESEKAT (PARTITION) & BUMBUNG SENGKUAP (AWNING)

Pengenalan

Pelan setara ini boleh dikemukakan sendiri oleh pemilik / penyewa kepada Majlis Bandaraya Shah Alam tanpa perlu mendapat khidmat perunding. Oleh itu, pemilik / penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tambahan / pindaan yang dilakukan dari segi kestabilan dan kekukuhan  struktur-struktur yang dibina. Pemilik hanya perlu memilih jenis tambahan / pindaan yang ingin dilakukan dan menandatangani setiap salinan yang telah dipilih. Adalah diingatkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala tuntutan, dakwaan atau tindakan yang diakibatkan dari pembinaan kerja-kerja tambahan / pindaan berkenaan.

Garis Panduan Penggunaan Pelan Setara Bagi Permohonan Permit Binaan Sementara Dinding Sesekat (Partition), Bum​bung Sengkuap (Awning) Dan Lain-Lain Untuk Dikemukakan Oleh Pemohon Bagi Kelulusan MBSA yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA.

Cara Memohon

  1. Borang-borang permohonan perlu dimuat turun di laman web MBSA dan hendaklah diisi deng​​an lengkap.  Untuk keterangan lanjut sila ke Kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat 8, Wisma MBSA.

  2. Lengkapkan pelan-pelan tersebut dengan:

    • Nama pemilik / penyewa; mengikut nama yang tertera pada salinan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement) atau Perjanjian Penye​waan (Tenancy Agreement)​

    • Alamat lokasi​

    • No. kad pengenalan​

    • Tandatangan pemilik / penyewa pada setiap borang dan pelan lakaran.

  3. Pemilik dikehendaki memohon perkhidmatan menggunakan tong RORO (Roll On Roll Off) bagi pembuangan sisa binaan. Bayaran bagi perkhidmatan ini hendaklah dijelaskan terus ke Kaunter Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) di Kaunter G, Wisma MBSA (sekiranya memerlukan).
  4. Serahkan Resit-resit Jelas Kepada Kaunter Jabatan Bangunan Sebagai Bukti P​embayaran pada hari yang sama.
     

Kadar

Bil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan.

Bil ​​

​​Perkara ​

Bayaran

Proses Pelan

(RM)

Wang Cagaran

(RM)

1.

Dinding Sesekat (Partition)

50.00

(setiap ruang)

50.00

(setiap ​ruang)

2.

Bumbung Sengkuap (Awning)

200.00

(setiap 45m²)

300.00

(setiap 45m²)

3.

Dinding Pemisah (Party Wall)

200.00

300.00

4.

Permit Meletak Bahan Binaan

324.00

200.00

5.

Partil

10.00

​-​


Bil yang dikeluarkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd.
​Perkara​​
​Bayaran​​
(RM)
Perkhidmatan Kutipan Sisa Binaan ​1000.00

Muat Turun

  1. Senarai Semak Muat Turun​​​​​​
  2. ​Borang Permohonan Permit Binaan Sementara Muat Turun
  3. Surat Kebenaran​ Pemilik Muat Turun
  4. Pelan-Pelan Lakaran Untuk Kelulusan Pelan
  5. Borang Permit Melet​ak Bahan ​Binaan​  Muat Turun
  6. Borang Permohonan Pemulangan Wang Cagaran Muat Turun

Akta 

  1. Pe​runtukan 18 (1), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  2. Undang-undang Kecil Selangor 1986
  3. Seksyen 70 (1) dan Seksyen 79, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi ​Kaedah

Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Tunai
  2. Cek                        

    Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​

    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses
    • MBSA – AKAUN CAGARAN bagi bayaran bil cagaran​

Hubungi

Kaunter Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5522 2890​​​​​
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel: bangunan@mbsa.gov.my