PERMIT BAZAAR RAMADHAN

Pengenalan

Permohonan Permit Bazaar Ramadhan adalah untuk peniaga-peniaga yang hendak mengadakan jualan sepanjang Bulan Ramadhan di kawasan yang telah ditetapkan.



Bagi tahun 2018 pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah memperkenalkan permohonan Bazar Ramadan  secara dalam talian (Online). Ini adalah selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat terkini dalam setiap urusan seharian. Sistem permohonan Bazar Ramadan ini di kenali sebagai e-Bazar. Pemohon hanya perlu mendaftarkan setiap permohonan di dalam sistem e-Bazar ini dan segala pembayaran juga haruslah dilakukan di dalam sistem ini.

Semasa pendaftaran di buat pemohon hendaklah memastikan segala salinan haruslah di dalam bentuk ‘Softcopy’ dan hendaklah dimasukkan di dalam sistem e-Bazar ini.

Salinan yang di perlukan di dalm bentuk ‘SOFTCOPY’ dan disimpan di dalam pendrive atau cd adalah:
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri Pemohon
  3. Salinan Kad Pengenalan Pembantu
  4. Salinan Bil Terkini Cukai Taksiran Kediaman (Pemohon yang beralamat di dalam kawasan Shah Alam)
  5. Salinan Bil Air/Elektrik Kediaman(Pemohon yang beralamat di luar kawasan Shah Alam)
  6. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  7. Surat asal suntikan TY2 pemohon
  8. Surat asal suntikan TY2 pembantu

MAKLUMAN 

Permohonan tapak bazar ramadan di lokasi Bazarena Seksyen 13 Shah Alam pihak tuan/puan hendaklah berurusan terus dengan pihak Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) di talian 03-55125582



CARTA ALIR PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN ONLINE

carta alir


SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ONLINE  yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja. 
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada penduduk Shah Alam.
  3. Berumur 18 tahun ke atas.
  4. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu borang permohonan
  5. Telah menjelaskan bayaran kompaun dan tidak mempunyai sebarang tunggakan kompaun daripada pihak Majlis.
  6. Pemohon telah mendapat suntikan TY2 bagi permohonan yang dibuat dan surat suntikan TY2 asal hendaklah dimuatnaik melalui sistem Online Bazar Ramadan 2018.
  7. Suntikan TY2 boleh diperolehi di mana-mana klinik swasta atau kerajaan.
  8. Bagi pemohon yang berstatus Duda/Janda hendaklah mengemukakan bersama salinan surat pengesahan penceraian daripada Jabatan Agama Islam/ sijil kematian.
  9. Pemohon diwajibkan hadir pada hari Taklimat Ramadan & Penyerahan Permit Bazar Ramadhan seperti yang dijadualkan.

SYARAT BAGI PEMBANTU
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ONLINE  yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja. 
  1. Setiap pemohon diwajibkan mendaftarkan seorang pembantu.
  2. Pembantu mestilah warganegara Malaysia sahaja.
  3. Bagi pemohon yang bernikah dengan warga asing diminta mengemukakan bersama salinan surat nikah/passport pasangan.
  4. Berumur 18 tahun keatas.
  5. Pembantu telah mendapat suntikan TY2 bagi permohonan yang dibuat dan surat suntikan TY2 asal hendaklah dimuatnaik melalui sistem Online Bazar Ramadan 2018.
  6. Suntikan TY2 boleh diperolehi di mana-mana klinik swasta atau kerajaan.
  7. Telah menjelaskan bayaran kompaun dan tidak mempunyai sebarang tunggakan kompaun daripada pihak Majlis.
  8. Pembantu diwajibkan hadir pada hari Taklimat Ramadan & Penyerahan Permit Bazar Ramadhan seperti yang dijadualkan.

SYARAT JUALAN
Pihak Majlis hanya menerima permohonan secara ONLINE  yang lengkap dengan DI MUATNAIK salinan dokumen yang diperlukan sahaja. 
  1. Makanan dan minuman untuk juadah berbuka puasa sahaja.
  2. Permohonan yang gagal membuat bayaran permit akan dibatalkan.
  3. Penggunaan `polisterine’ adalah tidak dibenarkan, hanya pembungkusan/produk teknologi hijau dibenarkan.
  4. Permit akan dibatalkan sekiranya peniaga didapati tidak menjalankan perniagaan di tapak selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang notis.
  5. Penggunaan alas (kanvas) adalah diwajibkan bagi jenis jualan berbakar/ bergoreng, air Kelapa/ `coconut shake’/ tebu dan ayam/ kambing golek

PERMOHONAN ONLINE
Muat Turun