TABUNG MAJIKA​​N PR​IHATIN

Tu​​​ju​​a​n

Tujuan Majikan Prihatin ditubuhkan bagi menguruskan dan mengendalikan manfaat atau sumbangan kepada Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan yang mengalami kematian, kecederaan, kecemasan, bencana alam, ulangtahun kelahiran kakitangan, sumbangan kematian (khairat) dan lain-lain. Antara lain tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk membantu mengurangkan beban terutama kewangan yang perlu ditanggung oleh Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan Majlis.

Sumbangan akan diberikan kepada semua Ahli Majlis, Pegawai dan Kakitangan Majlis yang bertaraf Tetap dan Kontrak lantikan MBSA, termasuk pegawai pinjaman daripada agensi Kerajaan dan Swasta yang lain​.

Latar Be​la​​​kan​​g

Mesyuarat Majlis Penuh Kali Kedua Tahun 2009 Sesi 2009/2010 (2/2009A) yang diadakan pada 26 Ogos 2009 telah meluluskan penubuhan Tabung Majikan Prihatin bagi menggantikan skim insuran kakitangan yang telah tamat pada 31 Mei 2009. Sebanyak 12 program / manfaat telah diluluskan bagi Tabung ini.

Lima (5) program iaitu Khairat Kematian, Sumbangan Kematian, Keilatan Kekal & Menyeluruh, Keilatan Separa Kekal dan Kemasukan Wad berkuatkuasa pada 1 Jun 2009. 

Sementara itu bagi tujuh (7) program seperti Bencana Alam, Perkahwinan Kakitangan, Hari Ulangtahun Kelahiran Kakitangan / Kelahiran Anak, Insentif Mengharumkan Nama Organisasi, Sumbangan Perayaan dan Sumbangan Kecemasan pula berkuatkuasa pada 1 September 2009.​

Jenis - Je​nis Manfaat

Berikut diperjelaskan mengenai manfaat / sumbangan yang diberikan oleh Majlis dalam usaha untuk menjaga kebajikan dan penghargaan kepada semua Ahli Majlis / Pegawai / Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam :

  1. Khairat Kematian (​Keluarga)

    • ​​Kematian ahli keluarga terdekat sahaja. Tuntutan kematian ibubapa hanya untuk kakitangan yang belum berkahwin.​

    • ​Sumbangan / manfaat ini akan diproses sejurus selepas urusetia dimaklumkan tentang kematian pasangan / anak-anak / ibubapa kakitangan Majlis.​

    • ​​Bagi kakitangan yang meninggal dunia, Ketua Jabatan atau waris diminta memaklumkan kepada Jabatan Khidmat Pengurusan dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti surat mati/ surat kebenaran pengkebumian. 

    • Manakala kakitangan yang kehilangan ahli keluarga (pasangan / anak-anak / ibubapa)  ​​boleh mengemukakan tuntutan setelah cuti berakhir beserta dokumen sokongan yang diperlukan​.

  2. ​​​​Sumbangan Kematian (Kakitangan)

    • ​​​Pihak Majlis telah memperuntukkan sumbangan  bagi kematian Ahli Majlis / Pegawai / Kakitangan Majlis yang meninggal dunia semasa dalam tempoh berkhidmat dengan Majlis.

    • Sumbangan Kematian ini akan diberikan kepada waris Ahli Majlis/ Pegawai / Kakitangan Majlis yang sah seperti suami / isteri / anak-anak / ibubapa atau jika Ahli Majlis / Pegawai / Kakitangan Majlis masih belum berkahwin tetapi sudah kehilangan ibubapa, waris yang boleh menerima sumbangan adalah adik-beradik atau saudara mara terdekat.​

  3. Keilatan Kekal atau Separa Kekal

    • ​​​Tertakluk kepada jenis keilatan (akibat kemalangan/ penyakit).

  4. ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Kemasukan Wad

    • Sumbangan wang tunai kemasukan wad ini dikira berdasarkan jumlah hari kakitangan tidak dapat menjalankan tugas dan dimasukkan dalam wad disebabkan masalah kesihatan yang telah disahkan oleh doktor perubatan.​​

    • Tuntutan maksima hanya untuk tempoh 30 hari sahaja. Cuti bersalin tidak layak menerima kemudahan ini.​​

    • ​Bagi tuntutan kakitangan tersebut perlulah mengemukakan dokumen rasmi daripada pengamal perubatan yang telah mengesahkan kecederaan dan surat kemasukan wad.​​
  5. ​​​​​​​​Bencana Alam

    • Kakitangan yang mengalami kejadian bencana alam perlulah menyerahkan laporan polis dan kerugian yang dialami serta pengesahan bencana alam daripada PBT / ADUN kawasan terbabit​.

    • Sumbangan bagi kategori ini merangkumi kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, kebakaran, banjir dan sebagainya

  6. Perkahwinan

    • K​akitangan tersebut perlulah mengemukakan kad jemputan perkahwinan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan.​

  7. Kelahiran Anak Kakitangan

    • ​​Urusetia dari masa ke semasa akan menguruskan dan menilai pihak yang layak menerima sumbangan tersebut​​​​.

  8. Ulangtahun Kakitangan

    • Sumbangan ini diberikan kepada kakitangan yang telah berjaya menaikkan imej Majlis di dalam kegiatan sukan, kebajikan, sosial, agama, pendidikan, penyelidikan, inovasi dan sebagainya. Sumbangan ini hanya untuk peringkat pencapaian yang berdaftar atau yang diiktiraf oleh pihak Majlis sahaja​.

  9. Sumbangan Perayaan

    • Anak - anak istimewa

    • Ibu - ibu tunggal

    • Lain-lain kategori tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan

  10. Mengharumkan Nama Organisasi

    • ​Sumbangan ini diberikan kepada kakitangan yang telah berjaya menaikkan imej Majlis di dalam kegiatan sukan, kebajikan, sosial, agama, pendidikan, penyelidikan, inovasi dan sebagainya. Sumbangan ini hanya untuk peringkat pencapaian yang berdaftar atau yang diiktiraf oleh pihak Majlis sahaja.

    • Mengikut peringkat yang diwakili dan jenis kegiatan / aktiviti yang disertai (sukan, kebajikan dll)

  11. Kecemasan

    • ​Sumbangan ini khusus kepada kakitangan terutama yang berpendapatan rendah dan mengalami kesusahan atau menjadi miskin tiba-tiba (luar jangka). 

      Contoh: kemalangan yang teruk dan penyakit kronik.

    • Urusetia dari masa ke semasa akan menguruskan dan menilai pihak yang layak menerima sumbangan tersebut​​​​

    • ​Pemeriksaan latarbelakang keluarga dan lawatan tapak akan dibuat sebelum Jawatankuasa Majikan Prihatin memutuskan nilai sumbangan. 

    • Sumbangan Ziarah adalah sumbangan yang diberikan semasa menziarah  atau melawat kakitangan yang sakit sama ada di hospital atau di rumah. 

    • Urusetia dari masa ke semasa akan menguruskan dan menilai pihak yang layak menerima sumbangan tersebut​​​​.