Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » MBSA » Profil » Piagam Pelanggan
Journal Content
Piagam Pelanggan
 

 

  • Menjawab surat - surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh 5 hari bekerja di semua jabatan/bahagian.
  • Memberi maklumbalas kepada aduan-aduan yang lengkap kepada pengadu-pangadu dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Permohonan Lesen Komposit yang lengkap diproses dan diberi keputusan dalam tempoh lima (5) minggu hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Meluluskan permohonan permit sementara iklan/penjaja yang lengkap dalam tempoh 1 jam.
  • Memproses dan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) serta mengeluarkan surat sokongan pemulangan wang cagaran kepada Jabatan Kewangan dalam tempoh empat belas (14) hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang ‘E' dengan syarat pembinaan dibina mengikut pelan-pelan lulus dan keadaan tapak bersih seperti yang disyaratkan oleh Majlis.
  • Menerima dan memproses tuntutan ke atas barang sita/rampasan 7 hari selepas tindakan sita/rampasan dibuat.
  • Memproses dan memberi kelulusan Kebenaran Merancang Tukar Guna Bangunan dalam tempoh 60 hari.
  • Memproses dan memberi ulasan pelan perancangan bagi memajukan tanah (DO) dalam tempoh 2 bulan.
  • Mengemukakan laporan pemeriksaan CF kepada Urusetia OSC untuk tujuan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan.
  • Permohonan penyewaan kemudahan Majlis (Auditorium, dewan dan lain-lain) diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari.
  • Memastikan perkhidmatan kutipan sampah dijalankan mengikut jadual. Sampah domestik 3 kali seminggu, sampah komersial rumah pangsa/kampung tradisional dikutip Setiap hari dan sampah kebun/ pukal/ haram setiap 3 minggu sekali
     
Bookmark and Share
Paparan : 5335
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 April 2012
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI