Program Kutipan Minyak Masak Terpakai |
Masalah pembuangan sisa-sisa minyak masak ke longkang menjadi masalah yang serius di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam. Pelepasan sisa minyak masak ke longkang menyebabkan longkang tercemar, kotor dan tersumbat. Pihak Jabatan Perkhidmatan Bandar ingin menjalankan aktiviti kutipan dan pelupusan sisa minyak masak terpakai dari komuniti masyarakat di dalam kawasan pentadbiran MBSA. Ini adalah bagi mengawal kejadian pembuangan sisa minyak masak ke longkang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak Majlis telah melantik 2 Kontraktor kutipan minyak masak terpakai bagi mengawal pencemaran longkang dan saliran di dalam kawasan pentadbiran Shah Alam. |
| |
Kontraktor yang telah dilantik seperti berikut: |
Cgv Industries Sdn Bhd No 27, Jalan Tambur 33/19, Taman Perindustrian Shah Alam, Seksyen 33, 40400 Shah Alam. No Telefon: 03-51224399 - Intrack Technology (M) Sdn Bhd
No 31, Jalan Seri Pagi, Rawang, Selangor Darul Ehsan. No Telefon: 03-60216332 |
| |
Pihak persatuan penduduk dan NGO boleh turut serta dalam Program ini. Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Jabatan Perkhidmatan Bandar di talian 55105133 sambungan 271 dan 570. |
Paparan : 3743
Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 Oktober 2010