“SHAH ALAM KU” ~ membawa dimensi baru kepada penduduk Shah Alam khasnya, bagi meningkatkan perkhidmatan Majlis kepada semua yang terlibat dengan lebih global. Inisiatif ini adalah selaras dengan kemajuan di bidang ICT yang memudahkan interaksi secara atas talian antara orang awam dengan pihak Majlis.
Menggunakan MyKad dan My COid sebagai unik ID setiap pelanggan untuk setiap urusan di Majlis Bandaraya Shah Alam. Mendukung aspirasi kerajaan kearah mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan konsep 1 Malaysia, ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Pelancaran Portal “Shah Alam Kita” ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam di Perhimpunan Bulanan Bersama Datuk Bandar pada 22hb April 2010 (Khamis). Dengan Pelancaran ini jentera promosi akan digerakkan bagi memastikan pengwujudan pengkalan data pelanggan MBSA dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Shah Alam – Merujuk Kepada Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam
Ku – Merujuk Kepada Pelanggan/ Pengguna
Anggerik – Merupakan Bunga Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam
Bulat dan garis lingkaran – Capaian boleh dilakukan dimana-mana dan bila–bila masa.
PERKHIDMATAN ONLINE
Semakan & Mencetak Bil Cukai Taksiran
Semakan & Mencetak Penyata Cukai Taksiran
Mengemaskini Maklumat Pemunya Cukai Taksiran
Permohonan Remisi
Permohonan Caruman Membantu Kadar (CMK)
Bayaran Cukai Taksiran Secara Online
Membuat Aduan
Semakan Status Aduan
Permohonan Lesen
Permohonan Pembaharuan Lesen
Semakan Status Permohonan dan Pembaharuan Lesen
Mengemaskini Maklumat Pemunya Lesen
Bayaran Lesen Secara Online
Semakan Kekosongan Premis
Semakan Status Permohonan Sewaan
Semakan & Mencetak Penyata Sewaan
Mengemaskini Maklumat Pemunya Sewaan
Bayaran Sewaan Premis, Bil Air & Bil Elektrik Majlis Secara Online
Semakan Kekosongan Dewan dan Gelanggang
Penempahan Dewan dan Gelanggang
Semakan Status Penempahan Dewan dan Gelanggang
Bayaran Tempahan Dewan dan Gelanggang Majlis Secara Online.