Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » MBSA » Profil » MS ISO 9001
Journal Content
MS ISO 9001

Sejarah ISO

  • Sebuah pertubuhan yang dinamakan sebagai " International Organization For Standardization" telah diwujudkan di Geneva tahun 1949.
  • Pertubuhan yang mempunyai lebih daripada 100 keanggotaan ini bertanggungjawab untuk membentuk panduan dan standard bagi pelbagai sektor sama ada perkilangan, pemasangan, perkhidmatan dan lain-lain.
  • Ia termasuklah standard-standard kualiti seperti ISO 9001 yang terpakai secara global diseluruh dunia.

Adakah Anda Tahu?

  • Perkataan "ISO" bukanlah akronim kepada "International Standard Organization" seperti tanggapan kebanyakan orang tetapi ia adalah satu perkataan Latin yang bermaksud "sama" atau "setara".
  • Ia menggambarkan semua agensi yang melaksanakan ISO 9001 mempunyai persamaan dari segi standard dan sistem piawaiannya.

Prinsip ISO 9001

  • Sistem Pengurusan Kualiti
    - Sebagai jaminan terhadap kualiti pengurusan dan perkhidmatan. ISO 9001 bukanlah suatu jaminan pada produk. Ia bermaksud semua aktiviti yang dijalankan.
  • Prosedur Yang Di dokumentasikan
    - Semua aktiviti yang terlibat dengan Sistem Kualiti hendaklah didokumentasikan.
  • Melaksanakan Prosedur Yang Didokumentasikan
    - Semua aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur yang telah didokumentasikan.
  • Buktikan Apa Yang Dilaksanakan
    - Iaitu aktiviti yang berkaitan hendaklah direkodkan secara bersistematik.
  • Memenuhi Kehendak Pelanggan
    - Semua aktiviti yang berkaitan mestilah mempunyai Piagam Pelanggan masing-masing. Ia adalah suatu jaminan kualiti perkhidmatan daripada organisasi kepada pelanggan.
  • Mengutamakan Langkah Pencegahan
    - Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman merupakan satu mekanisme untuk mengenal pasti sama ada aktiviti berkaitan dilaksanakan mengikut kehendak prosedur atau tidak. Hasilnya adalah penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Kualiti yang dibangunkan.

Kenapa MBSA Perlu Melaksanakan ISO 9001.

  • Memenuhi Kehendak Pelanggan
    - Pelanggan ialah orang ramai yang berhubung dengan MBSA.Untuk memastikan perkhidmatan yang sentiasa cekap dan efisien, Piagam Pelanggan dirangka sebagai suatu janji /komitmen MBSA kepada para pelanggan mereka (orang ramai)
  • Memastikan Kualiti Perkhidmatan Sentiasa Konsisten
    - Untuk mengelakkan double standard dalam perkhidmatan, semua aktiviti dijalankan mengikut prosedur yang telahdidokumenkan. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai Ketidakpatuhan (Non-Conformance)
  • ISO 9001 Sebagai Asas Kepada Penambahbaikan Yang Berterusan
    - Di dalam Sistem ISO 9001 terdapat beberapa mekanisme yang digunakan untuk mengukur keberkesanan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mekanisme ini akan dilaksanakan daripada masa ke semasa untuk memastikan proses penambahbaikan akan berlaku secara konsisten.

Skop pensijilan MS ISO 9001 : 2008 di MBSA 11 aktiviti iaitu:-

1. Kelulusan Lesen
2. Pengurusan Tender & Kontrak
3. Kelulusan CF
4. Kelulusan Pelan Susunatur
5. Pengurusan Cukai Taksiran
6. Kutipan Cukai Taksiran
7. Kelulusan Pelan Pendirian Pembangunan
8. Kelulusan Pelan Landskap
9. Kelulusan Pelan Infra
10. Kelulusan Pelan Bangunan
11 Pengurusan Bayaran
   

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 4663
Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 Mac 2012
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI