Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Journal Content
Pusat Kitar Semula
 

PENGENALAN

Shah Alam adalah ibu Negeri Selangor dan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dengan Keluasan Pentadbiran 290.3 Km Persegi, Menjadikan Satu Cabaran Bagi MBSA Untuk Memastikan Pembangunan Secara Mampan Dicapai. Semua Perancangan Pembangunan Ini Dibuat Berdasarkan Methodologi 'Local Agenda 21' Iaitu Pendekatan Bersama Diantara PBT, Masyarakat Dan Sektor Swasta Untuk Merancang Dan Menguruskan Kawasan Persekitaran Dengan Mampan Dan Berkualiti. Dalam Usaha MBSA Memastikan Pembangunan Mampan Dan Kesihatan Persekitaran, MBSA Terpaksa Berdepan Dengan Masalah Semasa Yang Sukar Dibendung Iaitu Masalah Pembuangan Sisa Sampah Lengai Secara Haram (Kebun,Peti Sejuk,Perabot Lama,Dll.)

CARA – CARA MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN SISA SAMPAH LENGAI

Bagi Mengatasi Masalah Ini, Program Kempen Kesedaran Kepada Masyarakat, Kemudahan Tempat Pembuangan Sisa Lengai Dan Penguatkuasaan Perlu Dilaksanakan Oleh MBSA. Dengan Sokongan Pihak KPKT – DANIDA, MBSA Merancang Untuk Menyediakan Satu Pusat Kemudahan Kepada Penduduk Membuang Sisa Lengai. Dikebanyakan Negara Maju Pusat Ini Dikenali Sebagai ‘Civic Amenity Site'(Cas) Bagi Memudahkan Penyebutan Dan Praktikal Di Shah Alam, MBSA Telah Menamakan Pusat Ini Sebagai “Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula' (PKKKS) . Pusat Ini Terletak Di Seksyen 17, Shah Alam.

BAGAIMANAKAH PKKKS BEROPERASI?

Penduduk,Peniaga Boleh Menghantar Barang – Barang Buangan Berikut:

  • Sampah Kebun
  • Perabot
  • Tilam
  • Tekstil
  • Perkakas Elektrik (E-Waste)
  • Plastik
  • Kayu Kayan
  • Kertas,Majalah,Katalog
  • Kadbod
  • Kasut
  • Botol Kaca
  • Bateri
  • Minyak Masak
  • Barang Logam

 

Pengguna Dinasihat Mematuhi Arahan Papan Tanda Bagi Memudahkan Pengasingan Barangan

  • Sisa Boleh Guna Semula
  • Sisa Boleh Dikitar Semula
  • Kemudahan Parking Disediakan

GALERI PKKKS

 Pusat Kitar SemulaPusat Kitar Semula  
   
 Pusat Kitar SemulaPusat Kitar Semula  

 

 

Halaman: 1  2  

Bookmark and Share
Paparan : 9708
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 Februari 2012
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI