Bahasa: Melayu | English | Lain

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » Soalan Lazim
Journal Content
Soalan Lazim
 
- PENGURUSAN HARTA & PENILAIAN
- TENDER & SEBUTHARGA

-CUKAI TAKSIRAN

1.

APA ITU CUKAI TAKSIRAN?
Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan /tanah yang terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya  Shah Alam seperti:

  • Bangunan Kediaman (pangsapuri, rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perusahaan (kilang dan gudang)
  • Bangunan perdagangan/perniagaan (kedai, pejabat, pasaraya, hotel, stesen minyak dan lain-lain)
  • Tanah Pertanian
  • Tanah Kosong

2.

MENGAPA DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN?

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membiayai:

  • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat-tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
  • Pembinaan kawasan perumahan/ perniagaan, taman-taman dan tempat-tempat awam.
  • Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit , longkang dan sebagainya.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
  • Pembangunan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Kesemua ini adalahh untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran MBSA

3.

BILAKAH IANYA PATUT DIBAYAR?

Cukai Taksiran perlu dijelaskan 2 kali setahun:

  • Bagi setengah tahun pertama (Januari - Jun)
    Cukai Taksiran perlu dijelaskan sebelum/pada 28 atau 29 Februari
     
  • Bagi setengah tahun kedua (Julai - Disember)
    Cukai Taksiran perlu dijelaskan sebelum/pada 31 Ogos

 

Mukasurat:
1
 
Bookmark and Share
Paparan : 5885
Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Mei 2011
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI