Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » w3c
Journal Content

Akses Orang Kurang Upaya (OKU)

Portal Rasmi MKM menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Di antaranya adalah:

A) Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks / text reader di dalam portal ini. Pembaca teks tersebut disediakan untuk kandungan Perutusan, Pengenalan, Ucapan, Artikel, Berita serta pelbagai kandungan yang lain. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan di mana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

  • Semasa melayari laman ini, anda akan menemui pembesar suara ikon 'Dengar teks' (ikon 1) di ruangan  paling atas setiap halaman dan pada penjuru paling atas di setiap kandungan pembesar suara (ikon 2).
  • Untuk ikon 1, sila highlight ayat yang hendak didengar.
  • Klik pada ikon tersebut dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang dijana.
  • Untuk ikon 2, hanya klik pada ikon dan setiap teks di kandungan tersebut akan dijana dan dibaca.
  • Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
  • Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

B) Pengguna Buta Warna

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan paling atas di setiap halaman iaitu warna merah, biru, hijau dan oren. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Portal Rasmi MKM akan berubah serta merta.

Warna

C) Pengguna Warga Tua

Bagi pengguna warga tua, terdapat pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan paling atas di setiap halaman. Pengguna boleh memilih sama ada untuk memilih saiz teks yang lebih kecil atau besar mengikut kesesuaian.

Besarkan Teks

D) Pilihan Bahasa

Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Lain (Cina, India, Arab, Perancis, Jerman, Hindi, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Rusia dan Spanish). Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuaian dengan mereka untuk membaca kandungan di Portal Rasmi MKM. Pilihan bahasa tersebut dipaparkan di ruangan paling atas di setiap halaman.

Tukar Bahasa

Bookmark and Share
Paparan : 2313
Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Mei 2011
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI