Garis Panduan Tambahan Pindaan Kediaman Di Dalam Kawasan Anjakan Bangunan

​​​​​

Pengenalan​

​Pemilik yang bercadang untuk membuat permohonan tambahan pindaan  rumah kediaman bagi Rumah Teres, Rumah Semi D, Rumah Kluster, Rumah Zero Banglo Lot dan Rumah Banglo Sesebuah​​​ yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh memohon di kaunter Jabatan Bangunan Tingkat 20 melalui Arkitek ​Profesional atau Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam berdasarkan Garis Panduan Tambahan Pindaan Di Dalam Kawasan Anjakan Bangunan.

Muat Turun 

Borang Semakan Perakuan CCC



​​​Cara Memohon

​​​​​1. Pemohon boleh membuat permohonan melalui kaunter Jabatan Bangunan, Tingkat G, Wisma Mbsa
​​2. Waktu Operasi Penerimaan Permohonan Lengkap Di Kaunter
​ISNIN-KHAMIS    :     8.00PAGI-5.00PETANG​
JUMAAT                :     8.00PAGI-11.PAGI, 3.00-4.30PETANG
​*Tertakluk kepada waktu operasi yang diputuskan oleh pihak pengurusan.

​Akta 

  1. Undang-Undang Kecil Seragam Selangor 1986
  2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Kaedah Bayaran 

​​Lokasi​Kaedah

Kaunter Utama
Lif A, Aras G, Wisma MBSA

  1. ​​​Debit Kad
  2. Bank Draf
  3. Cek - Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :​​
    • ​​MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi ​bayaran bil proses

Hubungi

Kaunter Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 20, Wisma MBSA, 
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

 

Telefon: 03-5510 5133 samb. 1212
Faks: 03-5513 9472​​​​​
Emel: bangunan@mbsa.gov.my​​

​​

​​