Pengenalan
Pemilik yang bercadang untuk membuat permohonan tambahan pindaan rumah kediaman bagi Rumah Teres Satu (1) Tingkat kepada Dua (2) Tingkat yang telah memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) boleh memohon di kaunter Jabatan Bangunan melalui Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam berdasarkan Garis Panduan Tambahan Pindaan Rumah Teres 1 Tingkat kepada 2 Tingkat.
Muat Turun
Cara Memohon
1. Pemohon boleh membuat permohonan melalui kaunter Jabatan Bangunan, Wisma Mbsa
2. Waktu Operasi Penerimaan Permohonan Lengkap Di Kaunter
ISNIN-JUMAAT : 8.00PAGI-5.00PETANG
*Tertakluk kepada waktu operasi yang diputuskan oleh pihak pengurusan.
Akta
- Undang-Undang Kecil Seragam Selangor 1986
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Kaedah Bayaran
Kaunter Utama Lif A, Aras G, Wisma MBSA | - Tunai
- Cek
Pembayaran melalui cek dibuat atas nama :
- MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM bagi bayaran bil proses
|
Hubungi
Kaunter Jabatan Bangunan
Lif A, Tingkat 20, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 samb. 1212
Faks: 03-5513 9472
Emel: bangunan@mbsa.gov.my