Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mohd Yatim atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan berkuat kuasa mulai 19 Februari 2026.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di MBSA. Semoga YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mohd Yatim terus maju jaya dan cemerlang dalam memikul amanah di tempat baharu.
Ikhlas daripada
Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam.