Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS)

P​eng​​e​​nalan

Sejak tahun 1991, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi menggalakkan penjawat awam bekerja secara berpasukan bagi penyelesaian masalah di tempat kerja. Kerajaan kemudiannya telah memperkenalkan Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif pada tahun 2009 sebagai satu langkah memantapkan penjawat awam untuk menyelesaikan masalah melalui penghasilan / penambahbaikan produk / perkhidmatan yang memberi manfaat kepada organisasi. .​ ​

Obj​​ek​tif

a) Penciptaan cara bekerja yang baharu at​​au menghasilkan inovasi; 

b) Penyelesaian masalah atau membuat penambahbaikan kerja; 

c) Semangat bekerja secara berpasukan; 

d) Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif; 

e) Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja; 

f) Dorongan kerja yang tinggi; 

g) Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,organisasi dan negara;

h) Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif; dan 

i) Hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja