Pejabat Cawangan Sungai Buloh

​Fungsi Pejabat Cawangan

  1. Menyediakan kemudahan bayaran bil setempat, pembaharuan lesen perniagaan, menerima aduan dan pertanyaan berkaitan MBSA.
  2. Menyelia dan memantau kerja-kerja pemborong/kontraktor yang dilantik oleh MBSA di bawah kawasan pentadbiran Pejabat Cawangan Sungai Buloh.
  3. Memproses dan membuat pengesahan dokumen bayaran pemborong/kontraktor di bawah seliaan Pejabat Cawangan Sungai Buloh.
  4. Mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima melalui kaunter/surat/telefon/sistem e-aduan/emel dan lain-lain.
  5. Memberi khidmat nasihat bagi permohonan pelan setara dan tambahan pindaan bangunan.
  6. Memantau dan menguatkuasa undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh MBSA.
  7. Memantau dan memeriksa lesen perniagaan atau permit di premis-premis, penjaja-penjaja atau kiosk Majlis di Sungai Buloh.
  8. Menerima permohonan pertukaran alamat pemilik harta.

Piagam Pelanggan

  1. Menerima pembayaran bil dan mengeluarkan resit pembayaran serta-merta.
  2. Menjalankan siasatan aduan yang diterima melalui Sistem Aduan Awam MBSA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Memberi maklumbalas aduan yang diterima ke dalam Sistem Aduan Awam MBSA dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  4. Mengemukakan dokumen bayaran ke Jabatan Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
  5. Menerima permohonan pertukaran alamat pemilik harta dan menghantar ke jabatan berkaitan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  6. Memproses bil dan mengeluarkan kenderaan serta merta selepas pembayaran kos penundaan dan kompaun dibuat.